Sunday, May 09, 2010
.Menjana Kehebatan Diri Dalam Pergaulan
Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan. Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:
1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga,masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.
8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lainakan tertarik kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
Posted at 11:33 pm by KakLong
Aku benar-benar rasa janggal untuk kembali menitiskan kalam di skrin putih ini. Terlalu lama aku memendam rasa, tidak berkongsi apa-apa dengan kalian. Sudah berapa tahun aku tidak menitipkan berita di sini. Dan...Masih adakah teman-teman yang mengikuti blogku ini?
Bagi teman-teman yang tertanya-tanya. Saya masih sendiri seperti dulu. Hehehehe. Sekarang kurang aktif benar bekarya. Benar-benar sibuk dengan karier yang menuntut banyak kesabaran. Anak-anak didik semakin sehari sering mencabar jiwa dan kredibiliti diri. Terkadang aku rasa lelah, mahu menamatkan riwayat pekerjaanku.
Itu saja dulu bingkisan buat kali ini...
Posted at 11:17 pm by KakLong
Saturday, June 07, 2008
saya kembali lagi ke sini, mahu mengulang semula cerita. Saya bahagia di sini dan sedaya upaya akan berada di sini
Posted at 11:37 am by KakLong
Saturday, March 22, 2008
...aku gusar. Terlalu. Ini untuk kesekian kalinya. Aku selalu mohon padanya, sembuhkanlah gusar yang bertamu di hati. Aku belajar untuk yakinkah diri, Tuhan sentiasa punya rencana terbaik untuk aku. Dia pasti faham apa yang ada di kalbu. Aku pasti dia boleh merubah segalanya. Aku yakin dan percaya.
Posted at 01:13 pm by KakLong
Tuesday, February 27, 2007
...saya benar-benar rasa berdebar menanti kelahirannya. Dan bila saat itu tiba dan dia diserahkan pada saya, perasaan saya benar-benar rencam. Maklum, kelahiran yang pertama. Dan syukur saja yang saya ucapkan pada-Nya atas rezeki yang tiba itu.
Ahad lepas, kelahiran yang pertama itu disambut beramai-ramai dengan para penulis-penulis yang lain. Buku cerita saya sudah diterbitkan. Resah dan gelisah hilang sudah tatkala naskah pertama diserahkan kepada saya. Saya senyum hingga ke telinga. :-). Saya gembira sungguh-sungguh hingga terasa menikam ke hati.
Royalti juga sudah dimaklumkan. Tapi tidaklah seberapa. Namun ini rezeki pemberian-Nya. Saya harus gembira dan bersyukur.
Terima kasih Allah!
Posted at 01:36 pm by KakLong
Saturday, December 30, 2006
::Selamat tahun baru 2007::
Selamat menyambut tahun baru 2007. Semoga hari esuk akan lebih baik dari hari semalam. Terima kasih kepada semua pengunjung mak long
Posted at 11:36 am by KakLong
Saturday, November 18, 2006
Setahun lebih di dalam dunia perguruan. Hari ini, aku rasa macam-macam. Marah lah yang lebih.
Anak murid sekarang bukan seperti anak murid dulu-dulu. Sekarang, mereka tidak tahu hendak berfikir sendiri. Semua hendak ditanyakan kepada guru. Hantar SMS dan expect jawapan. Dan aku meluat dengan perangai mereka. Nampak benar guru rendah martabatnya di mata mereka yang rabun!
Hari ini aku tidak mengawasi projek mereka kerana aku merajuk benar. Kata Cikgu J, ketua projek tu masam mukanya. Aku kata , pedulikan!
Aku dah malas! Aku dah serik dengan tabiat mereka. Tak tahu diuntung.
Posted at 01:44 pm by KakLong
Saturday, October 28, 2006
Laman ini dah tebal sawangnya dek tidak dilawat saya.Apapun saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri,Maaf zahir & Batin.
Posted at 10:51 pm by KakLong
Tuesday, April 25, 2006
Izzat:
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Faizal: Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya
JayJay:Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
C/O: Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih
Posted at 03:21 pm by KakLong
Wednesday, December 14, 2005
Assalamualaikum buat para pengunjung semua. Hari ini saya masih ke sekolah melunaskan segala kerja-kerja pentadbiran. Indah juga rasanya bergelar sebagai pendidik. Namun, tanggungjawab yang bakal tergalas di bahu ini agak menakutkan.
saya mula mengajar tahun depan. Tahun pertama mengajar. Mengajar sebagai guru lepasan. Bukan guru pengganti atau tuisyen atau selain dari itu.
Saya perlu komited terhadap kerja. saya gusar. Terlalu banyak harapan yang disandarkan kepada diri ini. Mampukah saya terus berdiri tegak hingga ke noktah penamat? Saya sendiri tidak tahu. Yang pasti, saya hanya mampu berusaha.
Oklah, sampai di sini dulu. Saya perlu menguruskan kerja-kerja pendaftaran penuntut tingkatan 1 dan 4. salam buat semua.
Posted at 07:23 am by KakLong