Laman Tamu
Nama:: Long Ena
Susunan dalam keluarga::Puteri sulung
Jenis darah:: A
Bintang:: Libra
Elemen:: Angin
Warna mengikut tarikh lahir:: Biru laut
Tinggi:: 165 cm
Taraf persekolahan:: Universiti
Profesyen:: Pendidik(menengah)
Jurusan:: Ilmu kaji hayat(IKH) dan Kimia
Interest:: Birds watching, reading, writing, watching scenery, masuk hutan, berjalan di pesisiran pantai/sungai, hiking and many more.
Hobi:: Depan komputer


<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed









 
Saturday, June 07, 2008
Setelah lama menghilang
saya kembali lagi ke sini, mahu mengulang semula cerita. Saya bahagia di sini dan sedaya upaya akan berada di sini

Posted at 11:37 am by KakLong
Make a comment  

 
Saturday, March 22, 2008
sekali lagi
...aku gusar. Terlalu. Ini untuk kesekian kalinya. Aku selalu mohon padanya, sembuhkanlah gusar yang bertamu di hati. Aku belajar untuk yakinkah diri, Tuhan sentiasa punya rencana terbaik untuk aku. Dia pasti faham apa yang ada di kalbu. Aku pasti dia boleh merubah segalanya. Aku yakin dan percaya.

Posted at 01:13 pm by KakLong
Make a comment  

 
Tuesday, February 27, 2007
Kelahirannya...

...saya benar-benar rasa berdebar menanti kelahirannya. Dan bila saat itu tiba dan dia diserahkan pada saya, perasaan saya benar-benar rencam. Maklum, kelahiran yang pertama. Dan syukur saja yang saya ucapkan pada-Nya atas rezeki yang tiba itu.

Ahad lepas, kelahiran yang pertama itu disambut beramai-ramai dengan para penulis-penulis yang lain. Buku cerita saya sudah diterbitkan. Resah dan gelisah hilang sudah tatkala naskah pertama diserahkan kepada saya. Saya senyum hingga ke telinga. :-). Saya gembira sungguh-sungguh hingga terasa menikam ke hati.

Royalti juga sudah dimaklumkan. Tapi tidaklah seberapa. Namun ini rezeki pemberian-Nya. Saya harus gembira dan bersyukur.

 

Terima kasih Allah!


Posted at 01:36 pm by KakLong
Make a comment  

 
Saturday, December 30, 2006
::Selamat tahun baru 2007::

Selamat menyambut tahun baru 2007. Semoga hari esuk akan lebih baik dari hari semalam. Terima kasih kepada semua pengunjung mak long


Posted at 11:36 am by KakLong
Make a comment  

 
Saturday, November 18, 2006
Apa di hati?

 

Setahun lebih di dalam dunia perguruan. Hari ini, aku rasa macam-macam. Marah lah yang lebih.

Anak murid sekarang bukan seperti anak murid dulu-dulu. Sekarang, mereka tidak tahu hendak berfikir sendiri. Semua hendak ditanyakan kepada guru. Hantar SMS dan expect jawapan. Dan aku meluat dengan perangai mereka. Nampak benar guru rendah martabatnya di mata mereka yang rabun!

Hari ini aku tidak mengawasi projek mereka kerana aku merajuk benar. Kata Cikgu J, ketua projek tu masam mukanya. Aku kata , pedulikan!

Aku dah malas! Aku dah serik dengan tabiat mereka. Tak tahu diuntung.


Posted at 01:44 pm by KakLong
Make a comment  

 
Saturday, October 28, 2006
SALAM LEBARAN
Laman ini dah tebal sawangnya dek tidak dilawat saya.Apapun saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri,Maaf zahir & Batin.

Posted at 10:51 pm by KakLong
Make a comment  

 
Tuesday, April 25, 2006
Aku tanpa cintamu
Izzat:
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Faizal: Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

JayJay:Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

C/O: Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih

Posted at 03:21 pm by KakLong
Make a comment  

 
Wednesday, December 14, 2005
Selamat datang Disember

 

Assalamualaikum buat para pengunjung semua. Hari ini saya masih ke sekolah melunaskan segala kerja-kerja pentadbiran. Indah juga rasanya bergelar sebagai pendidik. Namun, tanggungjawab yang bakal tergalas di bahu ini agak menakutkan.

saya mula mengajar tahun depan. Tahun pertama mengajar. Mengajar sebagai guru lepasan. Bukan guru pengganti atau tuisyen atau selain dari itu.

Saya perlu komited terhadap kerja. saya gusar. Terlalu banyak harapan yang disandarkan kepada diri ini. Mampukah saya terus berdiri tegak hingga ke noktah penamat? Saya sendiri tidak tahu. Yang pasti, saya hanya mampu berusaha.

Oklah, sampai di sini dulu. Saya perlu menguruskan kerja-kerja pendaftaran penuntut tingkatan 1 dan 4. salam buat semua.


Posted at 07:23 am by KakLong
Make a comment  

 
Saturday, October 29, 2005
::Salam syawal buat semua::

Posted at 03:29 pm by KakLong
Make a comment  

 
Monday, October 24, 2005
::Setelah sekian lama tak jumpa::

~ Salam penuh mahabbah buat teman semua. Lama sungguh tidak mencoretkan apa-apa di layar putih ini. 7 Oktober lepas ulang tahun kelahiran saya yang ke 20+. Usia dah bertambah dan saya semakin dewasa. Namun yang demikian, acapkali juga orang masih tersalah sangka akan usia saya yang sebenar. -P.

Sekarang saya sudah menjawat pekerjaan sebagai guru tetap. Gaji yang tersangat lumayan. Syukur jua padaNya atas rezeki ini. Sekarang sudah penghujung tahun, saya tidak perlu mengajar. Menjadi pengawas peperiksaan itulah tugas saya sekarang ini.

Oh Ya, Ramadhan kian berllau pergi meninggalkan kita. Rasanya tidak mengapa kalau kini baru saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG PENUH BERKAT buat semua pengunjung-pengunjung rumah Mak Long. Doakan saya mendapat magfirahNya serta keredhaanNya. Moga Ramadhan kali ini bakal menitiskan keinsafan ke atas hati saya. Moga saya menjadi yang lebih terbaik dari semalam.

Puasa kali ini banyak sangat menyinar kenangan ke dalam diri. Saya berharap dengan berakhirnya Ramadhan, saya akan bertambah cemerlang dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi. Kalian doakan saya yer.

Buat akhirnya, terima kasih atas kunjungan kalian semua. Saya tidak mahu terlewat mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI YANG BAKAL MENJELANG TIBA. MOGA ANDA SEMUA SENTIASA MENDAPAT BIMBINGAN DARINYA. Doakan saya begitu juga. :-)

Posted at 10:19 am by KakLong
Make a comment  

Next Page