Laman TamuNama:: Long Ena Susunan dalam keluarga::Puteri sulung Jenis darah:: A Bintang:: Libra Elemen:: Angin Warna mengikut tarikh lahir:: Biru laut Tinggi:: 165 cm Taraf persekolahan:: Universiti Profesyen:: Pendidik(menengah) Jurusan:: Ilmu kaji hayat(IKH) dan Kimia Interest:: Birds watching, reading, writing, watching scenery, masuk hutan, berjalan di pesisiran pantai/sungai, hiking and many more. Hobi:: Depan komputer
|
|
::Baca saja:: 24 Julai 2005, Ahad, .::PASRAH KASIH::. Dapat gaji. Aku pergi ke emporium(SS) hujung kampung. Beli novel. Aku perlu kekuatan dan spirit untuk terus berdiri di atas tali yang bernama penulisan. Dan sudah dua minggu aku tidak menyambung penulisan yang terbengkalai. Balik dari Miri hari itu, perasaan aku rencam berona gundah dan kasam. Itu gara-gara lelaki yang menjadi pemandu pelancung kami. Entah kenapa aku terasa kata-katanya seperti ditujukan untuk aku. Tapi mungkin sebenarnya dia melampiaskan perasaan tidak puas hatinya kepada bekas girl-friendnya. Kenapa aku terasa?Bingung aku! Bisik hati aku…kalau penulisan ini boleh terpengaruhi oleh emosi sendiri, sukar juga ya! Lalu emosi yang stabil sebenarnya juga menghambarkan apa yang ditulis. Dan aku simpulkan, biarkan saja menulis dengan perasaan yang bercampur-baur. Lagi seronok. Berkobar-kobar tulisan tu. (Sebenarnya tidak semua novel boleh menyumbang kepada kekuatan semangat aku untuk menulis. Novel 'PASRAH KASIH' bukan kisah cinta muda-mudi yang asyik mahsyuk bercampur berahi. Percayalah! Kalau ada pun sukar dikesani oleh orang muda sekarang. Cinta yang ada hanya cinta sekadar jeling-jeling-dan-kau-pun-merasai-apa-yang-aku-rasai-tapi-kita-masing-masing-malu-meluahkan-kerana-aku-sedar-siapa-diriku. Novel ini juga adalah kisah hidup dua pasang suami isteri yang teruji dengan dunia. Pasangan A. Suaminya yang rajin bekerja lebih masa akhirnya terkait hati kepada seorang GRO(Zuliyanti) semasa dia berunding dengan klien di sebuah hotel. Dan cinta pun bersemi hingga sanggup menduakan isteri. Pasangan B. Sepasang suami isteri. Mereka orang Indon. Si isteri menderita setelah kehamilannya. Dia tidak mahu bersama suaminya kerana bau badan suami menyebabkannya loya. Dan kerana itu si suami berubah hingga sanggup menduakan isteri. Tapi aku lebih terkesan dengan pasangan A. Saiful-Karmilah. Saiful-Zuliyanti. Membaca novel ini aku turut sama diheret ke dalam kehidupan rumahtanga 'saiful' dan 'Karmilah'. Aku yang membaca novel sulung penulis ini seperti mahu menendang dan menarajang Saiful suami keparat itu ke dinding batu yang tidak rata. Biar kepalanya terhantuk tapi tidak pecah. Biar tempurung kepalanya retak, itu saja aku mahu. Aku geram kepada Saiful kerana dia bijak beralasan. Tahu menyorok kekurangan dan keburukan dirinya. Girlfriend saiful orang Indon ini pula sepatutnya sedar bahawa dia mencintai suami orang. Jangan asyik tehegeh-hegeh pula. Macamlah takde lelaki bujang di Apalah boleh dibuat Karmilah di tanah suci?Menangis ajalah. Balik ke Mila ni pun sanggup terima Zuliyanti. Pasrah sangat dengan nasibnya. Itulah tandanya umrah dia tu berkat. Kalau aku?Memaafkan tu adalah tapi aku akan menjauhkan diri. Aku tak boleh terima bila laki menduakan aku. Bila dia dah pilih perempuan lain, itu bermakna aku ini ada kekurangan di matanya. Kalau aku dah ada kekurangan, jangan lagi simpan aku dalam diri kau. Macam kerita yang kurang diminati, kau patut jualkan saja, bukan?(lebih emosi aku bab ni!) Dan dengan membacanya aku Novel alaf 21, "PASRAH KASIH" ketakutkan aku untuk berumahtangga menjadi-jadi… Semalam aku membaca novel ini sambil bersembang dengan ayahngah yang sibuk membaca suratkhabar dan melayan filem Laila Majnun versi Hindi (entah apa halnya ayahngah suka Hindi). Bila ayahngah sentuh bab kerja aku…terus bergelora jiwa. Sebab Saiful tu tak wujud, aku macam nak pindahkan 'rasa' tu pada ayahngah. Kata ayahngah, memang perempuan sesuai jadi guru dan bla bla bla. Dan aku yang sedang 'mengamuk' jawap, 'jadi, lelaki ni apa sumbangannya pada Pendidikan? Mahu jadi pemimpin tapi anak-anak dipimpin isteri sendirian'. Dan ayahngah masih menjawap. Bila aku sentuh bab nabi pun boleh mendidik umat. Lelaki Sekarang dah hilang rasa ingin mendidik. Jawapan ayahngah selalu tak telus dan memohon aku untuk mengertikan sendiri. So kemenangan semalam berada di pihak ayahngah. Jawapan ayahngah apa? Walaupun nabi manusia ciptaan istimewa Tuhan, tapi masih perlukan Khadijah dan Aisyah di sisi. Mungkin aku belum kahwin sebab itu aku masih tak nampak apa sumbangan lelaki dalam Pendidikan. Tapi…aku memang nampak Pendidikan anak itu sebenarnya banyak diletakkan ke bahu isteri sendirian sehingga adakalanya isteri tidak boleh mengajar dalam semua aspek. Emosi, psiokologi, adab, ketegasan. Ah, banyak benda. Tak larat aku dengan anak yang banyak. Seorang anak tu pun tak cukup untuk diturunkan apa yang ada dalam diri aku ni. Dan sayang sekali kalau ilmu di dalam diri seorang suami itu tidak turun kepada anaknya. Takkan genetic ayah saja yang anak dapat. Sayang sekali kalau aku dapat suami jenis begini. Bagi aku kahwin bukan saja akan terikat oleh akad. Ia adalah penyatuan dua emosi yang sering meminta dan memberi. Kahwin penyatuan dua hati atas kerana persetujuan dua pihak untuk mahu bersama. Kahwin memang macam judi. Kahwin itu berisiko tinggi. Macam main saham. Bukan seperti meneka kilat ikan di air. Aku gentar dengan kahwin untuk kesekian kalinya selepas membaca novel alaf 21!!! Beruntunglah setiap pasangan yang menyedari apa yang patut mereka sumbangkan kepada keluarga sendiri. Berbalik pada Novel alaf 21. Sebenarnya aku Memang hidup kita tidak boleh lari dari cinta. Itu betul. Cinta itu universal. Cinta bukan sesama manusia saja. Aku harap orang faham maksud cinta. Dah la. Lupa-lupakan soal ni. Andai benar wanita itu penyeri hidup, mengapa mesti ada luka di hati mereka? Mengapa harus ada sengsara dalam nafas mereka? Cinta yang terpaksa diregut dari hati akan meninggalkan sakit selama-lamanya. Kasam dan gundah yang saling bertindihan dalam satu masa. Bukankah menyakitkan? 26Julai 2005, Rabu, .::HATI YANG RENCAM METAH::. Hampir dua minggu emosi terganggu. Mungkin sebab level Progesterone rendah. Aku tidak produktif sejak balik dari Miri. Sepatutnya aku bersemangat selepas melancung. Mungkin hati ini masih rindu hawa negara orang. Masih teringat-ingat wajah jejaka asli. Kerja aku sebagai 'research assistant' masih 'on'. Entah bagaimana aku ni. Nak kerja atau tak? Malas rasanya. Pun begitu aku nak juga menghulur duit sendiri kepada orang tua. Nak juga aku terbang ke Zaman remaja aku dah berakhir walaupun aku belum ada rumah yang bertangga. Aku dah bergelar dewasa kini. Namun demikian zaman peralihan dari remaja ke dewasa nampaknya rencam metah. Kalau analoginya, bolehlah diibaratkan seperti peralihan molekul-molekul gas ke cecair. Peralihan, biasaler tu. Bukannya sudah complete. Complete pun, molekul gas belum semuanya bertukar menjadi molekul cecair. (Uhhh, sukarnya mengalih bahasa). Hati yang rencam belum terubat kerana hati ini belum cukup bercahaya. 28 Julai 2005, .::Meminggir yang terpinggir::. Meminggir yang terpinggir Yang terpinggir adalah yang dipinggirkan di atas syarat dicipta insan mereka meminggirkan sedang belum putus dari-Nya dia perlu dipinggirkan dan seperti manusia lebih tahu dari Dia dalam menilai insan-insan yang layak dipinggirkan 30 Julai 2005, .::ROJAK::. #1. Mereka kantoi. Muhaha. Dan kerana itu Hjh Liya tahu aku ini sepupu Adlie dan Adlie tahu aku ini kawan Hjh Liya. Adlie siap tutup muka bila nampak ayah. (mungkin malu). Hjh Yati yang terdengar ayah berkata, "Adlie, pinjam kad kredit kau" menoleh. Dan Hjh yati pula macam terjerit melihat mak aku. Wah, wah, wah. Sempat dia mengirimkan salam buat aku. Mak yang tiba ke bilik usang aku bercerita. Dan kerana aku percaya pada benda ghaib, berita itu kuterima dengan gembira. Haha. Lalu aku hantar SMS pada Hjh Liya. "Haha. Dunia ini rupanya sempit." SMS aku dibalas malam. Memang Hjh Liya tak tahu aku dan Adlie sepupu. Pewel sebentar aku dengan persoalan jodoh. Esuk lusa, aku dan Hjh Liya akan jadi sepupu pula sedang kelmarin dia adalah jiran sebelah di asrama di maktab dulu. #2. Adik perempuan aku bakal inspector Polis. Dia akan berpisah daripada kami dalam beberapa bulan. Tahun depan, bulan enam barulah pulang. Raya tahun ini kami kekurangan seorang ahli keluarga. Dua tahun dulu kami kekurangan seorang juga. #3. Naluri aku belum pernah salah. 'Pemandu pelancung' semasa lawatan kami ke Miri itu memang benar ada hati pada adik aku. #4. Maaf, tak jawap 3 SMS awak. Bukannya kerana memin**ir*an awak, melainkan kredit habis masa tu. #5. Merayu melayu mengajak aku keluar. Aku menolak. Dia kata aku dah ada teman lelaki. Aku memang tak mahu keluar berdua-duaan. Itu prinsip aku. Sesiapa pun tak boleh paksa aku. Dan kerana itulah mungkin orang tak mungkin akan suka kepada aku. Aku tak kisah. 31 Julai 2005, Ahad, .::Berpisah bukan untuk selamanya::. #1. Hantar adik masuk pusat latihan polis. Sedih lak hati semasa kami berpelukan. Kami bukan pernah berpisah lama. Dah ada tanggungjawab ni, kami terpaksa. Itulah tandanya kami perlu dan mesti berfikiran dan berkelakuan dewasa. Tidak ada lagi air mata kalau diherdik! Pastikan hati kuat dan tabah! .::Mawi dan Akademi Fantasia: Fenomena baru?
Anak-anak muda yang sering bersantai, lepak dan bersidai tepi tangga, tepi tembok dan tepi kaki jalan sudah pun kembali ke rumah sejak awal lagi. Tiada usik mengusik, tiada 'dating' dan tiada ke hulu ke hilir dengan motosikal. Tiada jalan-jalan malam. Kenduri pada malam ini telah ditunda keesokan malam dan ada kenduri yang telah diawalkan. Anak yang kecil, bayi telah ditidurkan awal dan makan malam telah pun disantap seisi keluarga selepas solat maghrib. Kuliah kurang orang. Ceramah lengang. Aktiviti semua mati malam ini. Semua ini kerana inigin memberi laluan kepada siaran langsung konsert Akademi Fantasia. Yang tiada rangkaian ini, masing-masing telah awal lagi menempah. Dua bulan yang lalu. Yang tidak mampu menempah rangkaian ini sanggup pula bersusah payah menumpang tonton rumah kaum kerabat yang ada. Yang telah dipotong rangkaian ini kerana sudah lama tidak membayar, telah berusaha mengumpul wang semula untuk membolehkan rangkaian disambung kembali. Yang belum menambah nilai kad prabayar telefon bimbit telah berkelam-kabut ke kedai berdekatan. Sebutlah dan isytiharkanlah siapa yang tidak tahu tentang AF3 dan Mawi. Sekalian alam kenal dan arif benar. Yang tua muda, kecil besar, miskin kaya, sakit sihat, kerajaan swasta, menteri atau orang gaji semua mengenali. Begitulah suatu arus dan fenomena (meminjam tajuk akhbar) yang melanda. Tidak terelak lagi ledakan gelombang ini. Yang mengulas pula datang dari segenap lapisan. Semua ingin menjadi juri tak bertauliah. Dari pensyarah menara gading (professor kangkung?) sehinggalah ke pesawah di tepi tebing. Penghuni institusi pengajian tinggi hinggalah pekerja kuli yang hanya mengaji jawi. Daripada yang berada di awan biru sehinggalah yang berada di bawah tanah kubur menggali lubang baru. Hebat memperkatakannya. Tahniah Akademi Fantasia kerana menjadi pemangkin dan pencetus suasana yang telah lama suram kerana pelbagai perkara. Terima kasih kerana telah membawa rakyat Telah lama kekosongan ini berlaku. Gersang. Kering. Kini panduan hidup rakyat telah kembali pulih. Kiblat telah dibetulkan semula. Mawilah pengubah segalanya. Hampir tiada kedengaran cacat cela dan sopeknya makhluk ini. Kiranya ada sekali pun, pasti ramai yang membela dan mempertahankannya. Penuh dengan pujian dan kekaguman yang menggunung. Apa yang dibuat, dituturkan dan didiamkan menjadi ikutan ramai dan terasa seolah-olah seperti hadis pula. Rakyat khasnya remaja serta khususnya Melayu Islam memang ingin seorang yang 'beragama' membawa hala tuju matlamat hidup mereka. Tetapi rakyat kebanyakan menantikan kemunculannya dari alam hiburan. Rakyat tidak mengharapkan kewujudannya dari alam atau bidang lain seumpama bidang ekonomi, politik, pendidikan kerana telah jelak dan telah muak dengan masalah yang timbul dan kecewa dengan insan atau pemimpin yang muncul untuk menjadi idola. Semua penuh bermasalah dan janji kosong. Kini hati rakyat terubat dengan manusia yang 'dilahirkan' dan 'dibesarkan' daripada alam hiburan. Seorang yang ada nilai agama terpacul dengan Syabas. Bagus. Tahniah. Hebat. Cemerlang. Terbilang. Gemilang. Extravanganza. Penuh aura. Karisma. Tiada siapa menafikan kehadiran dan kehebatannya. Sehingga terdengar dicuping telinga. Seorang pendidik menasihati anak muridnya "jadilah seperti Mawi. Mengaji boleh, menyanyi pun boleh. Ini yang kita hendak. Contohilah dia." Laksana seperti Anwar masuk Umno, kini Mawi masuk Astro. Berdakwah dari dalam... Begitulah komentar yang dikumpulkan serta dikoleksikan secara berguni dan bergantang-gantang. Akan tetapi... Sedih betapa tipisnya iman kita. Izinkan dibariskan kilasan pandangan tak seberapa untuk tatapan semua Pandangan Pertama (1) Dahulu Mawi; Seorang qari yang pernah melunakkan bacaan al-Quran. Antara petikan surah yang pernah dibaca dan dilalui sepanjang hidupnya: "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman; hendaklah mereka menahan (merendahkan) pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat" (Surah An-Nur ayat 30). Dan mengakhiri surah-surah yang dibaca sambil duduk bersila penuh tertib dan adabnya. Kini Mawi Qari yang sama memerdukan dan menyaringkan nyanyian Antara petikan lagu dendangannya: "siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikat...Aduhaiiiiiiiii...lemah lembut gayanya..." (lagu penyanyi lama) Dan mengakhiri lagunya sambil menari lantas memandang tepat ke arah wanita yang berdiri di sisinya. Pandangan Kedua (2) Dahulu Mawi seorang bilal yang pernah melaung azan sambil berdiri tegak Antara terjemahannya membawa erti "...menuju kejayaan" Kini Mawi Bilal yang sama menyanyi lagu tema rancangan sambil menari rancak Antara alunannya berbunyi "...menuju puncak". Pandangan Ketiga (3) Memetik kata Mawi " ....dia mesti bertudung..." Dengan petikan itu maka; 1.Tudung Mawi diberi nama dan laku diniagakan 2. Seorang peserta bukan Islam memakai tudung secara bergurau lantas mengejar Mawi 3. Seorang juri wanita Islam yang tidak bertudung tidak semena-mena memakai tudung berbentuk selendang di kepala seraya berkata "saya kalau nak komen Mawi mesti pakai tudung..." Lantas disambut gelak hilai, sorakan, teriakan dan jeritan penonton menyambung gurauan dan perbuatan main-main ke atas tudung ini. Main-main dengan hukum Allah. Pandangan Keempat (4) Fanatik, penyokong dan penonton Islam Mawi akan mempertahankan Mawi habis-habisan apabila dimaki tetapi apabila Nabi dan agama Islam sendiri dicaci, di mana kalian 'bersembunyi' selama ini? Pandangan Akhir Apa pendirian PAS dan Harakah tentang fenomena ini? Saya tinggal kilasan ini untuk direnungi dan dihadami bersama. Saya pernah dinasihati oleh rakan-rakan agar tidak melawan arus. Sambung mereka Arus 'TsuMawi' ini boleh menyebabkan kau 'mati'!!! Akhirnya jawab saya "biarlah saya 'mati' dan mati kerana Ilahi." – lanh **Hari ini tiba-tiba gelombang tsumawi bertiup di sekitar fakulti aku. Seorang perempuan menyanyikan 'pergi tak kembali'(gara-gara lagu tersebut dinyanyikan pada malam Ahad lepas oleh Mawi). Walhal, fakulti aku ini susah sekali ditemui orang menyanyikan lagu nasyid. Hebat betul penangan Mawi. Rupanya, Kudsia kahar juga peminat Rabbani. Dia suka 'pergi tak kembali' dan juga 'intifada'. Baru aku tahu. Aku dah lama minat lagu "Pergi tak kembali"dan baru tahu lagu tersebut dinyanyikan oleh kumpulan Rabbani. Kalau budak Mawi ni di offer jadi member Rabbani, aku rasa jualan kaset nanti mendadak meningkat. Lepas tu, budak-budak remaja dan dewasa? tua? mula berjinak-jinak menyanyi dan membeli kaset dan CD nasyid. Aku harap budak Mawi tidak terlepas kepada pihak lain. Kalau pihak TV 3 buat program belajar mengaji dan suruh budak Mawi ni mengaji, agak-agaknya, apa akan terjadi?. Lepas ni mungkinkah budak Mawi ni akan buka kelas mengaji Quran dan dia menjadi guru kepada kelas itu?
KASAM DAN GUNDAH
My Struggle to be a Muslim and find Peace From the "Islamic Voice" Vol 12-04 No:136 * APRIL '97 10July - 18July Ahad, 10 July/3:20 pagi ::Merayu melayu:: Aku rasa nak tukar no HP tapi itu bukan kaedah terbaik menanganinya. Lebih baik layan dan jadi kawan dari gaduh hingga ada musuh. Dua hari berfikir dengan sedalamnya, aku rasa manusia yang nak kenal aku tu tidak boleh(dan akan tidak) menawan hati aku(:P). Bila aku tanya hati kecil sendiri, "bolehkah kau hidup dengan lelaki yang tak faham sangat bahasa melayu walaupun dia orang melayu yang bercakap melayu dan tidak suka membaca buku?" 11July2005, ::Bila aku dipanggil ke kandang pesalah:: Aku benci kalau perasaan yang satu ini wujud. Lalu aku akan dipanggil oleh perasaan 'ke kandang pesalah untuk dibicarakan'. Begitulah aku. Bila-bila saja perasaan ini akan memanggil aku ke kandang pesalah(ikut suka hati dia) dan kes aku tidak pernah selesai meski sudah bertahun-tahun lamanya. Agaknya, kalau kesalahan aku seperti makan dadah, lagi senang hukumannya. Gantung sampai mati! Mudah bukan? Tapi perasaan yang menghukum aku ini masih tidak tahu hukuman apa setimpal dengan kesalahanku. Aku bersalah pada diri sendiri dan perasaan inilah yang sering menujah kepalaku dan mengatakan aku bersalah dan ironinya…aku belum dihukum! **Benar! Dihukum atau didera oleh perasaan sendiri sungguh menyiksakan. ::Bila idea itu datang:: Sebenarnya nak kembangkan idea memang mudah namun bukan soal cari idea. Bagi aku dua perkara itu berbeza. Seringkali aku buat kerja 'gila'(baik assignment universiti atau apa saja, idea aku keluar pada saat terakhir). Due date sudah dekat benar. 14 hb Julai ni tarikh tutup peraduan menulis buku dan sekarang aku belum menyudahkan kerja itu. Sebabnya, beberapa minggu ini aku tiada idea yang baik. Hari ini aku tutup HP dan berperam dalam bilik lama-lama. Aku tutup mata dan baring atas tilam. Tidur dan bangun lagi. Ke dapur makan spaghetti dan tidur balik. Akhirnya aku dapat juga klimaks dan kesudahan cerita. Syukurlah. Aku pasti boleh siapkan kerja ini sebelum 14 hb. Untuk memujuk idea itu datang macam-macam dah aku buat. Semalam aku bermain-main dengan U lead photo express. Aku dah dapat gambar orang yang aku cari(haha, macam detektif lak). Lepas dapat gambar itu aku mergekan dengan gambar aku.(haha, sian sungguh. Aku tak pernah bergambar dengan orangnya…guna teknik cover up pun jadilah). ** Bukan aku tak berani approach. Dia tu angsa, aku ni itik, mana boleh jalan bersama. Tapi aku akan tetap berdoa pada-Nya. Dan usaha aku sedikit Cuma. Justeru segalanya terserah pada nasib dan ketentuan. 12 Julai,
Kerja aku sudah lunas. Rabu nanti akan aku hantar manuskrip itu ke dewan bahasa. Dalam cerita ini: 1) Aku mengabungkan tiga bangsa. 2) Tidak ada perkauman. Buktinya tiga bangsa itu berkawan baik. 3) Kewujudan lelaki tua berjubah putih dan hutan tebal yang muncul tiba-tiba. Kewujudan ini digambarkan sebagai realiti bukan mimpi. Justeru boleh mengajar budak mengenai perkara yang ghaib. (konon-kononnyalah). 4) Seorang ayah yang menggunakan analogi ketika memberi nasihat kepada anaknya. Justeru akan mendidik anak untuk berfikir secara dewasa. 5) Safuan seorang ayah yang cukup peka tentang Psiokologi anaknya. (Hehe) 6) 7) Kita tetap akan membalas kejahatan orang dengan kebaikan dan kita tidak patut minta dihargai apabila telah menolong orang. (hakikatnya…???) Kata someone kepada kami, kita sebenarnya mengajar kanak-kanak berdusta bila memasukkan cerita mengenai binatang yang pandai berkata-kata. Bagi aku, tak juga, sebabnya binatang pernah berkata-kata di zaman Nabi Sulaiman. Lagipun, budak-budak suka cerita pasal binatang. Cuma aku memang mengelakkan diri daripada menggunakan binatang sebagai karakter. Sekali lagi aku tidak puas hati tentang syarat-syarat peraduan yang tidak jelas - berbalam-balam. Kata 16 muka 15 Julai / ::Kasik:: Aku kasik makan ikan masin masak lemak. Lalu, malam ini aku masak ikan masin bersama nenas. Bukan selalu aku suka masakan bersantan. Entah malam ini liur kecurlah pula. Nota: Kasik : Kepingin, mahu ::Melompat lebih tinggi:: Melompat lebih tinggi melambangkan harapan. Tafsirkan ia dengan pelbagai tanggapan, boleh saja J. **Hari ini aku melompat lebih tinggi dari hari kelmarin. ::Selamat hari ulang tahun kelahiran:: Esok ulang tahun kelahiran mak aku yang ke 51 tahun. Aku masih muda walaupun anak sulung. Umur pun belum mencapai 30 tahun. ::Bingung, bengang dan bangang:: Bengang: 1) ternganga, terbuka luas, terbuka lebar-lebar(mulut) 2)berdengung, berdesing dalam telinga 3) penyakit, sakit, sifilis, sakit angin taufan 4) amat, terlalu, terlampau, sangat Bingung: 1) susah untuk berfikir 2) keliru, cacau 3)pander, kelu, mewa, congong 4) terdiam, hilang akal, gugup 5)gelisah, rusuh hati, kacau 6)nyanyuk, mamang 7)tergagap-gagap 8)kelam kabut 9)runsing,pening 10) 11)putus asa, putus akal 12)kacau, pakau Bangang:1) bodoh, tongong, otak ayam, hamik, tengin, beloh 2) sejenis tumbuhan Aku bengang betul dengan dia tu, dah lah bangang, asyik bingung pula. Apa yang janggal dalam ayat ini? ::Kunjungan ke Bandar Miri, Kalau dulu aku bingung bila orang memuji Bandar Miri, kini aku sudah tahu kenapa pujian itu patut. Seharian berada di bandar Miri(meski ditimpa hujan lebat), aku terus jatuh cinta. Cinta pandang pertama! Dan…kelmarin adalah lawatan sulung aku ke Bandar yang menarik itu. Di sini, aku ketemu dengan wajah-wajah jejaka yang sering mengujakan aku. Wajah natural orang-orang Orang-orang di sini bukan seperti yang kelihatan di KL, antara perbezaan yang ketara. Pakaian sederhana saja, itu yang aku perhatikan kelmarin. Nak tengok orang yang bertudung pun susah. Sebab itu sukar nak dicamkan mereka itu orang Islam atau bukan. Kesukaran yang paling ketara di sini ialah masjid/surau. Selain itu kekurangan tandas yang ada paip air. Di sini, tidak ada tamu-tamu yang berjual pakaian/kain macam yang ada di sabah. Di emporium besar mereka tidak banyak berjual tudung dan lagi harganya terlalu mahal, tidak seperti di KL. Selain itu, di sini juga kurang kedai restoran orang melayu. Nasib baik ada KFC. Tapi, aku tak jumpa MC Donald. Pakaian yang ada di mall diorang memang branded dan dikira murah lah juga. Barang-barang computer murah sikit dan sebab itu aku tak nak membeli ink printer yang aku hajati. Aku sempat menempah sepasang kaca mata jenis frameless. Harganya Cuma RM240. Sebenarnya aku boleh dapat dengan harga RM200 saja. Dek kerana mata kabur, kami tidak nampak kedai kaca mata yang lain. Oh, kesilapan yang teruk sekali! Kanta lekap pakai buang juga murah sekali dijual di sini. Anda boleh dapat 3 pasang kanta lekap pakai buang dengan harga RM45. Di kedai-kedai buku pula terlalu sesak dengan orang cina. Melayu sedikit sangat aku jumpa atau aku tak cam. Kedai buku yang terbesar satu saja. Tak ada novel-novel sastera, Cuma alaf 21. Berkira mahu membeli novel Fatin Nilam sari a.k.a kawan ayahngah dan memang tidak ada di Di tamu kami membeli buah cempedak, durian oren & putih, kembayau(buah yang berwarna hitam ungu, dimasak dengan air panas), tarap dan tampoi. Aku tak beli langsat sebab aku dah puas makan. Begitu juga rambutan. Seronok bukan main aku membeli durian. Sebab tak berpengalaman, kami nampak macam tak okey saja. Hehe. Orang jual durian dengan timbang kilo itu memang sakit jiwa dibuat kami. Tapi, keseluruhannya seronok. Kesannya, aku demam Sekarang ni(Bagus lah). Kerana aku terliur nak makan delima…aku 'ditipu' sebab mereka tak dengar apa yang cakap kot, dan aku terbeli tampoi. Singgah di kedai barangan orang-orang Oh ya, sepanjang perjalanan ke Miri, aku nampak pembalakan dilakukan. Aku kesal juga bila melihat hutan dikacau dan digugat begitu. Rumah-rumah pula banyak didirikan dan kalau boleh aku nak beli satu unit dan bolehlah aku 'cari' orang **Aku telah lama jatuh cinta dengan Sarawak
::Rencam:: Khamis, ::Perahu tanpa penambang:: Pernah perahu yang saya tumpangi hilang penambang. Saya menoleh ke Itu dulu. Sekarang, meski saya belum sampai ke terminal terakhir, saya sudah jauh belayar. Biarlah perahu saya tanpa penambang, sekurang-kurangnya saya sudah tahu menuju destinasi. Dan saya mulai tenang kini. Benar! Dulu, tatkala saya tidak tahu bagaimana memulakan karya, saya mencari seorang guru. Saya terlalu mengharap untuk belajar dari guru namun saya dikecewakan. Malah karya-karya yang saya hantar untuk disemak tidak pernah saya terima kembali. Bagaimana harus saya belajar jika kesilapan sendiri tidak diketahui? Di universiti, saya belajar sendiri untuk menghasilkan karya melalui pembacaan. Di universiti, bidang saya bukan sastera dan itu agak menyukarkan diri. Tapi saya tetap berhasil meski saya belum mampu menghasilkan karya yang terbaik. Universiti. Di Seperti karya to-be kakak M, “Aku mahu membaca”, begitulah aku. Lalu, aku faham benar perasaan budak lelaki yang menjadi watak utama karyanya. Bicaraku pada kakak M semasa kami mengikuti bengkel penulisan tempoh hari, “itu tidak sesuai untuk dibuat menjadi buku kanak-kanak( yang setebal 20 muka Sudah hukum dunia, tidak semua orang akan suka pada kita. Dan, tidak semua orang akan membenci. Dan hidup tanpa rusuh seperti makan ikan tidak bergaram. Seperti kawan-kawan yang lain, aku tetap boleh menerima kritikan. Bagiku, kritikan banyak menjadikan aku untuk berubah kepada yang terbaik. Baik dari mana aspek sekalipun, hatiku tetap mahu untuk menerima kritikan. Namun, bagi sesetengah orang, kritikan yang terlalu itu sangat berat. Dan aku pula, selama beberapa tahun menggaji di universiti, hidup bergelumang dengan manusia berbagai fiil, kritikan itu telah melalikan aku. **Buat Sdr. Faisal Tehrani…syabas kerana memenangi tempat pertama dan kedua pertandingan Novel remaja Kumpulan Utusan 2004 -Advencer Si Peniup Ney dan Detektif Indigo ::Dari kepala yang konfius:: Membaca soalan seorang perempuan di sebuah laman popular, “Tidakkah lelaki rasa tercabar apabila wanita (isteri/teman wanita) berpelajaran tinggi?”. Jawapan yang diberikan oleh orang-orang kat Perempuan pelajaran tinggi ni sombong, Tinggi pun belajar, kalau tak tahu buat kerja perempuan nak buat apa?, Perempuan tu suka mengarah suami, Perempuan tu suka pandang rendah, Kalau macam tu SPM saja lah!, Tak semua perempuan macam tu, Seorang perempuan yang berpelajaran tinggi boleh mendidik bangsanya. Bagi aku, tidak salah pun komen mereka itu. Tapi, rata-rata kawan-kawan aku pun kahwin dengan lelaki yang berpangkat rendah. Mereka tetap hormat pada suami mereka. Mereka tetap bahagia. Justeru, dengan soalan perempuan itu, aku konpius. Aku tidak kata perempuan sombong berpelajaran tinggi sudah pupus. Mereka masih melata di bumi. Begitu jugalah halnya dengan perempuan berpelajaran tinggi tapi tetap merendah diri. Mereka masih tetap berada di bumi ini. Cuma nasib dan ketentuan akan menemukan mereka dengan yang terbaik. Jangan tidak faham. Kadangkala sombong wanita itu menjadi senjata diri. Wanita yang terhegeh-hegeh itu nampak kurang manis bagi sesetengah lelaki. Dan aku juga terfikir, mungkin sombong mereka itu hanya sebagai ujian buat seorang lelaki? Juma’t/24 Jun 2005/11:24 pagi ::Fakta tentang Kritikan:: Beberapa perkara penting yang dipetik dari sebuah buku panduan menulis cerpen: 1. Kritikan berasal dari perkataan Yunani kritikos yang bermakna hakim. 2. Kritikan bermula sejak abad ke-17 3. Kritikan bermaksud kegiatan memerikan, mempertimbang, menganalisis atau menilai karya seni 4. Kegiatan kritikan bukanlah bermaksud mencari kesalahan semata-mata 5. kritikan yang baik haruslah dapat menjelaskan kedua-dua ciri: yang baik dan yang buruk, melakukan pertimbangan tentang baik buruknya karya dan diikuti dengan penilaian yang matang dan mantap 6. Kritikan itu dilakukan terhadap karya sastera dan bukan terhadap peribadi pencipta atau pengarangnya Sabtu/25 Jun 2005/3:10 ptg ::Pergi tak kembali:: Seawal pagi lagi SMS masuk. Kawan yang mengajar di Tahfiz memberitahu, Ustaz A telah kembali menemui-Nya. Juga ustaz S telah berpindah sekolah. Dua berita yang benar-benar mengagetkan aku. Bayangan ustaz A sedang minum teh tarik di depan bilik pentadbiran masih segar di ingatan. Suaranya masih lekat di telinga. Cerita teman-teman mengenai kepekaannya pada hukum Islam masih bersisa di ingatan. Dia berani menegur pakaian yang tidak sepatutnya dipakai oleh seorang muslimah. Saat itu aku mengagumi keberaniannya namun aku tidak pernah kenal dia. Seingatku Kami tidak pernah bersapa cuma bertukar pandangan. Mungkin juga pernah bersapa sekadar bertukar salam. Aku tidak pernah kenal ustaz A sehinggalah dia muncul di kaca TV. Kemudian barulah kutahu dia orang ‘kuat’ di situ. Mungkin umurnya sekitar 70+ tahun, aku sendiri tidak pasti. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Berbanding ustaz A, aku lebih kenal ustaz S. Itu pun sebab dia pernah datang ke bilik staf. Datangnya kali itu sungguh tidak kuduga. Mendengar pertanyaan dia melalui kawan aku, aku sudah menduga apa yang bakal terjadi. Dan hari ini, tekaan aku betul-betul terjadi. Macam-macam cerita kudengar sebelum aku berpindah. Cikgu M berpindah sebab tidak tahan. Ketua blok yang asyik menduga aku dengan bermacam-macam pertanyaan. Dan mengalami keadaan di situ serta mengabungkan beberapa cerita penuntut-penuntut dan guru-guru aku pasti, ada sesuatu yang patut diperbetulkan. Apakah masalah sebenar sekolah itu? Aku ingin tahu juga. Tapi…menjerumuskan diri buat kedua kalinya itu adalah satu persoalan buat aku sendiri. Pernah kuberkata kepada kawan aku itu, ‘aku nak tengok sampai bila kau sanggup di sini’. Dan kata kawan aku, kata-kata aku itu terngiang-ngiang hingga masuk ke dalam mimpinya. Ahad/26 Jun 2005/1:30 ptg ::Sayangkan kawan lupa-lupakan:: Aku on HP. Masuk satu SMS tiba-tiba. Dari seorang kawan di maktab yang kadang-kadang terserempak di mana-mana yang tidak dijangkakan. Tidakku minta dihormati. Sekurang-kurangnya kita mengingati. Balasku di dalam SMS Pernahku ingatkan dia dalam kad raya tahun lepas agar menjemput aku kalau berkahwin nanti. Iya! Mungkin dia sudah terlupa. ::Pra apa-apa sajalah:: Khuatir juga kalau yang ditulis akan disingkirkan kerana ia menyentuh hal sensitif. (Di sini, aku masih ingin menggunakan ia kerana aku nampak ia masih digunakan oleh penulis-penulis tersohor. Peduli apa aku. Sedikitku terpengaruh dengan kata-kata R kawan L. Katanya:’kerana aku tidak setuju dengan pembimbing bengkel, maka tidakku dengar apa yang dikatanya. Aku mahu menuruti jejak langkah R tapi aku masih kekal menyelidik tentang penggunaan Dia dan Ia. Kalau kata pembengkel itu turut dipersetujui oleh yang lainnya, maka aku dengan rela hati akan berhati-hati dengan penggunaan Dia dan Ia. Aku janji!) ::Mengapa perasaan ini?:: Perasan atau perasaan? Macam sama, hakikatnya tetap berbeza meski mempunyai persamaan. Bukan ini yang mahu ditulis. Dari pandangan peribadi sendiri, menulis menuntut sesuatu dari diri. Sukar dinyatakan apakah ia. Cuma hati sendiri tahu. Dan tiba-tiba rasa itu menjadi indah di jiwa. Rasa cinta kepada diri sendiri dan DIA terbit. Terkadang kebimbangan muncul kerana dirasakan menulis ini suatu pekerjaan yang berat. Menulis itu amanah dan tanggungjawab. Dan tiba-tiba jua, mungkin kerana perasaan ini semacam musim, rusuh menyelusuri sukma. Benar, hati ini sering berbolak-balik. Suka yang panjang itu dicantas oleh ‘sesuatu’(aku tidak tahu sesuatu itu apa…ia semacam elemen yang menyingkir keyakinan, memandang kebaikan seperti bersadur) yang kadang-kadang menyuntik diri. Aku minta pada-Nya agar mana-mana perkara yang tidak baik itu dijauhkan dari hati kerana ia semacam membunuh keinginan untuk meneruskan penulisan. Aku minta jua agar tidak menjadi munafik. Bukankah, apa yang kutulis ini bakal dipersoalkan di ‘ Lalu, aku mahu menulis dengan mata yang terbuka. Kesampingkan saja rasa takut kepada manusia! ::Bila Tidak dapat dituliskan rasa sedih bila tidak tahu tentang isi dunia dan luarnya. Itu kerana aku tidak terdedah pada ke semua Tiga minggu terpisah dengan ke semua benda-benda di atas menjadikan aku macam-entah-apa-apa. Tiga minggu dengan kesibukan sendiri. Masa berbengkel memang terjumpa banyak kawan Cuma benda lain itu tidak ada. Kelmarin, dek kerana ber-main SMS dengan ayahngah yang sudah dua minggu tidak ditanyakan khabarnya, aku ketinggalan drama melayu(boleh la untuk membuang boring dan menambah istilah bahasa daerah). Tapi, falsafah aku, komunikasi mengeratkan persaudaraan. Maka, aku lebih rela tidak tengok drama daripada lupakan ukhuwah. Juga, aku tidak berupaya menyambung penulisan akibat SMS yang tidak terpantau kemasukannya. Aku rasa, kredit ayahngah pasti susut. Demikian juga aku. Sebut pasal kredit, pensyarah(yang aku tengah berkerjasama dgn dia) telah SMS aku pagi tadi. Pukul Di perpustakaan, tengah menatap halaman 3 Julai 2005, ::Dunia tanpamu:: Kalau orang berkata, jangan diputuskan persahabatan ini kerana kita punyai pengalaman berbincang panjang yang mana boleh mengeluarkan pendapat untuk kebaikan ramai, apa kau rasa? (macam Bush dengan orang-orangnya lah pulak bunyinya) (Jika orang itu bertanya kepada aku lah) Aku akan jawab, itu bukan perkara besar kerana aku cuma seperti melukut di tepi gantang: datang tak menambah, pergi tak mengurang (Woh, jawapan berani mati). Tapi aku sebagai muslim memang tidak patut memutuskan persahabatan. Akan tetapi, andai ini boleh menjadi pengajaran pada seorang manusia seperti dia, aku pasti akan memutuskan. (Maaf, itu hak aku untuk tidak menceritakan kejadian yang sebenar) Perlukah bersahabat? Jawapannya memang perlu tapi ada tikanya menjadi tidak perlu. Perlunya bersahabat jika kau dapati kebaikan buatmu dan juga orang ramai. Lalu tanyaku untuk diri sendiri, Siapa yang lebih utama, dirimu atau diri mereka? Atau dengan nada ingin tahu, kau berbuat baik untuk mendapat imbalan? Atau dengan nada sarkastik, eh- kau ni individualistik! **Siapa aku tanpa cinta-Mu ::Dia perempuan angin:: Aku perturunkan ilmu mengenal perempuan angin(bukan berangin) 1. Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. 2. Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai. 3. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. 4. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. 5. sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi. 6. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. 7. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja. ::Kalau hati tidak mahu:: Saat ini meski tarikh peraduan menulis semakin menghampiri ke tarikh penamat, aku tiada semangat mahu menulis. Iya, kalau hati sendiri tidak mahu dikerah, apalagi perasaan ini, pasti tidak sedap cerita jadinya. Maklum, seperti nasi goreng tanpa perencah, bukankah tiada keenakkannya? Buat aku, menulis itu perlukan sesuatu iaitu semangat. Dan elemen penting ini tengah terbang dari diri aku. Macamana mahu mengembalikan semangat? Aku kena menghibur hati dan jiwa. Jangan dibiar berduka lara. Mohon pada Tuhan agar boleh menulis seperti sediakala dengan pena yang semakin tajam. Oh, kenapa hati ini jadi begini? Saat aku mahu kelancaran itu berlaku, ia terbantut hanya kerana hati ini. 5Julai, ::WARISAN oleh Abd Talib Hassan:: Beberapa hari ini sebenarnya aku sering terserempak artikel mengenai lelaki baik dari bloggers yang lain atau melalui novel yang sedang aku tatapi kini. Oh ya, Sekarang aku sedang meneliti sebuah novel keluaran tahun 1989 tapi diulang cetak 7 kali. Uish, menarik kot? Dan aku membaca novel cetakan ke tujuh(2001). Belum habis lagi sebab aku kebosanan pada bab 1. Dan sudah beberapa lama aku di bab ini sehinggalah Julai tiba barulah aku berganjak ke halaman 139 daripada 802 muka Apa kata Othman Putih(1989) mengenai WARISAN: WARISAN ini aku beli di sebuah kedai buku besar di negaraku dengan nilai yang cukup rendah meski ilmu di dalamnya berselerakan. Memang orang berjual novel tidak pedulikan nilai karya orang. Mereka sepatutnya turut menjadi pecinta ilmu bukan wang ringgit saja. Yang lebih buruknya bila kita masuk ke kedai buku satu ni, Selera aku dengan orang ramai tu tak sama. Pernah aku beli sebuah novel ALAF 21 sebab orang kata ceritanya bagus dan akhirnya buku itu tak habis-habis juga sebab aku bosan. Bosan dengan cinta diorang. Tiada ilmu yang boleh dikutip di situ selain daripada cinta semata-mata. Dan lagi bahasa novel yang aku beli tu meleret-leret bila bab cinta. Tak patut betul. Tapi aku tetap Di dalam WARISAN aku ketemu sifat lelaki, ESMAWI khususnya. Dia bercinta dengan Julia namun akhirnya berkahwin dengan Maria. Itu menarik minat aku untuk mengetahui puncanya. Yang abstraknya, lelaki ini(ESMAWI) masih mencintai Julia. Aku nak tahu sangat kenapa lelaki, maaf tersasul, ESMAWi boleh bersifat begini… Aku terbaca di dalam satu artikel tulisan seorang lelaki. Katanya: Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain. Mungkin ESMAWI suka main-mainkan perasaan orang kot. Walau bagaimanapun, aku belum habis baca novel ini. Tidak boleh buat kesimpulan Sekarang. P/s: Nescafeku minum tersembur atas baju, key board, novel WARISAN, buku catatan dan juga meja. Nasib baik Nescafe ini kurang gula kalau tidak membeli papan kekunci barulah nampaknya. Tapi…NOVEL WARISAN sudah bearoma NESCAFE.
::Cerita tentang hari ini:: Kami sudah mesra benar. Macam kapur dengan sirih. Macam asam jawa dengan ikan! Hari ini sesi bedah siasat kecil-kecilan Hari ini kami bergelak ketawa dengar karya dikritik. Hari ini aku beramah mesra dengan kakitangan DBP yang ramah tamah. Terlalu banyak info yang berciciran yang perlu dikutip untuk pengalaman. Hari ini aku kenal seorang perempuan. Namanya L. Kami macam pernah bercakap tapi aku sendiri tidak ingat bila aku pernah terjumpa dengannya. Dia kata pernah dengar nama aku. Aku tidak tahu namanya tapi kami memang ada ‘chemistry’. Baru beberapa minit sudah macam bertahun kenalnya. Hari ini aku buat kerja dalam bilik kakitangan DBP sambil borak-borak dengan dia. Tentang sastera, tentang pengalaman, tentang Meskipun cerpen FT itu pernah tersiar di Al Islam namun aku tetap mahukan majalah itu untuk simpanan peribadi. ::Dia dan ia:: Aku tanya pada pembimbing bengkel, abis kalau benda nak guna apa? Ia? Dia kata kat aku: tertakluk pada ayat. Lepas itu dia kata, guna nama benda itu saja. Contoh, meja itu bulat. Meja itu berwarna coklat. Meja itu berkaki empat. Ooo. Selama ini kusangkakan ia itu untuk benda dan binatang. Dia itu untuk manusia. Tapi aku tertanya-tanya, kenapa penulis yang dah dapat banyak award ni masih salah penggunaan dia dan ia. Kenapa pihak DBP tak edit kesalahan dia dalam cerpennya mutakhir ini? ::Yang bermula pasti akan berakhir:: Hari ini bengkel tamat. Aku dapat sijil penyertaan. Gembira di hati bukan kepalang setelah mendapat ilmu pengetahuan. Dengan berpandukan nama ayah A, aku memberanikan diri bertanya pada Cikgu M. Rupanya A kawan di maktab dulu itu adik Cikgu M. Oh, betapa sempitnya dunia ini. Tergamam aku bila Cikgu M nak beritahu A-aku berkirim salam. Aku fikir, A pasti terkejut badak kalau Cikgu M berkata begitu. Sebabnya, mana mungkin aku yang A kenal ini berkirim salam pada seorang lelaki. Aku melarang cikgu M. Dia keheranan tapi aku provide satu reason yang entah munasabah atau tak. Aku kata, ‘aku tak biasa dengan dia’. Hari ini aku kenal lagi dengan seorang perempuan. Namanya R. R kawan L. Aku ingat R ni berat mulut macam aku. Sekali L tinggalkan kami berdua, terus rancak pula kami berbual. Sampai tahap berkecek kelate. Sebelum L pergi tadi sempat aku titipkan pesan. Tolong dapatkan Majalah Mei untuk aku. L punyai strategi agar aku tidak usah membeli majalah Mei itu. Dia merancang dialog yang sesuai bersama R untuk dapatkan majalah Mei itu secara percuma. Rupanya R kenal Lepas tu aku merancang nak bawa L dan R ke ‘ Lepas bergambar dengan peserta bengkel, kami sambung berborak dengan L, R dan J. Tak sangka kami mudah mesra. Macam sudah kenal lama. J itu kawan si R dan si L. R cerita tadi. Dia nak kenal sangat dengan penulis bernama X. Dia asyik terjumpa nama penulis X dalam majalah. Lalu dia nak tahu siapa. Sekali datang berbengkel, penulis yang nak dia kenal itu satu kumpulan dengannya. Kata R, X ni cakap tergantung. Tak habis. Pagi tadi aku tergamam selepas terpandang dia. ‘Sociologis’ seperti ajuk si L tadi itu berpakaian lawa hari ini. Sekali pandang, aku seperti terlihat Ustaz NR di depan aku. Sebab itulah aku tergamam. Tiba-tiba pula aku rasa segan dengan budak H ni.(Aku segan dengan budak yang satu ni). Lepas itu aku bertindak professional. Tarik nafas dan istigfar. Lepas itu aku menyakat dia. “You know what, aku ingatkan kau ustaz NR tadi”. Dia diam tapi tersenyum dan kemudian buat kerja yang belum siap. Belum lama selepas itu dia panggil hujung nama aku. Menyirap terus darah aku. Kalau kulit aku putih melepak nescaya nampak merah mukaku. Budak H ni panggil aku begitu. Dahlah dia menggegar perasaan orang dengan berpakaian lawa. Ni dah panggil aku dengan nama pendek pula. Sepatutnya dia panggil aku Cikgu ataupun kakak(Kawan aku si S mengajar di sekolah budak H ni). Tapi aku bukan gila pangkat atau minta dihormati. At least, kalau dia panggil dengan panggilan sesuai, aku tak rasa tak tentu depan dia. Mungkin dia sendiri rasa aku tak sesuai dipanggil begitu sebab wajah aku macam budak A-Level. Huhu. Si H kata aku orang yang ketiga berkata begitu. Dia kata dia tak sebaik ustaz NR. Aku kata nanti dapat tempiasnya juga. Lepas itu aku lega sebab perasaan tak menentu dah hilang. Si H kemudian berkata. “bagaimana mata kau begitu? ####, ####”. Dan sekali lagi darah aku tersirap ke jantung. Pandang sesaat kerapkali mendatangkan mudarat. Itulah hikmah dilarang memandang lelaki yang bukan bergelar suami kita. Hebat sungguh godaan dunia ini. Kakak F tiba lewat. Lepas menghantar buku dia duduk dan kemudian seakan-akan berbisik kepada aku. Bisik hati aku, mata aku tak silap lah H. Rupanya Kakak F pun tergamam dan tak tentu rasa selepas tengok H. Hahaha. Rupanya dia suka ustaz NR. Sebab itu dia lebih terkejut dari aku. Kakak F pun buka kisah dia dan juga tentang ustaz NR. Bab ini yang paling aku tergelak. Dia kata suka tengok ceramah ustaz ni. Sampai kawan-kawan dia pernah menyakat ketika ustaz NR berkunjung ke DBP. Aku kata ustaz tu open minded(He won’t mind bila kawan-kawan kakak F memberitahu depan Ustaz). Kata kakak F, ustaz tu tahu ramai orang minat dia. Ramai? Aku tak minat. Cuma si H yang seiras ustaz NR itu betul-betul menggegarkan perasaan.
cerita dalam beberapa minggu ::Cuma perasaan?:: ~Aku rasa perasaanku terlalu kasar hingga tulisan terasa tidak mesra di hati. Mungkin itu perasaan aku saja. Dan sesuatu yang tidak terjangkakan, air mata mahu bergenang saat membaca perasaan seorang ayah buat puterinya. Dulu kala aku berjauhan dengan keluarga, tidak pernah aku merindu namun tahun terakhir di maktab… itulah detiknya rindu itu datang jua. **Dan malam ini aku rindu lagi. Rindu pada kenangan lalu. ::khabar dari kawan:: ~Pernah kutulis di laman ini tentang seorang kawan yang 'ditipu'(aku tidak pasti apakah itu tipu atau khianat atau dimainkan perasaan saja). Dia tenang sudah meski jauh di sudut hatinya Allah lebih tahu. Iya, berkawan mesra lama, pernah dijanjikan untuk menamatkan status bujangnya lalu di saat-saat terakhir semuanya dicantas begitu saja – siapapun akan merasa sedih. ~Namun segala yang berlaku itu bukankah satu pengalaman buatmu? Ia mengajar kau agar jangan menaruh sepenuh kepercayaan pada manusia. Dan percayalah, andai dia itu milikmu, kau tidak akan pernah kehilangannya. Ternyata Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buatmu. ::Mimpi kutu:: ~Aku tidur-tidur ayam saja semalam. Dan sekarang kepala terasa sedikit sakit. ~semalam juga, sedang tidur-tidur ayam itu, aku bermimpi melihat telur-telur dan anak-anak kutu. Bunyinya menjijikkan. Tapi, aku senang sekali kalau bermimpikan kutu. Itu tandanya aku bakal dilimpahi rezeki. ~Seorang lelaki yang membaca entri aku mengenai mimpi berminat ingin tahu mengenai maksud mimpinya. Aku kata dalam entri terdahulu,…kalau ada lelaki bermimpikan ular, sila beritahu aku. Dan aku saat itu yakin sungguh bahawa tiada ada lelaki akan bermimpikan ular kerana mimpi ular itu sinonim dengan seorang gadis. (Rujuk kembali entri aku yang terdahulu mengenai maksud bermimpikan ular menurut kajian psiokologi). Kalau kita mahu menggunakan tafsiran orang-orang melayu lama mengenai bermimpikan ular kita tetap akan kata mana mungkin lelaki akan dipinang. Tapi, semua itu tidak mustahil terjadi. Dia maha mengetahui. ** terlalu banyak mimpi-mimpi dalam kehidupan ini ::Bersalam dengan aunty:: ~Terkejut sungguh bila disapa oleh orang yang tidak dikenali. Hampir beberapa saat aku memerhati mukanya sebelum otak tiba-tiba memberitahu orang di depan itu adalah kawan aku, Puan H. ~Seperti biasa kawan-kawan akan tanya kehidupan peribadi aku. Dia tidak terkecuali. Yalah, orang nak tahu juga perkembangan aku yang dulunya: pendiam, pemalu dan tidak tahu bergurau. Aku beritahu bahawa aku masih belum berkahwin juga belum tahu memandu. Dia jawab, "ayah kau tu masih strict". Hmm. ~Dua perempuan bercerita memang banyak terhambur rahsia. Tentang kawan-kawan yang dah beranak dua, empat dan lain-lain lagi. Nampaknya aku tertinggal di belakang, tidak tahu perkembangan kawan-kawan sekalian. ~Lama bersembang dan aku baru teringat nak balik. Kemudian kami berjabat salam dan budak berusia dua tahun itu bersalam dengan aunty. Tiba-tiba terasa diri aku ni dah tua bila dipanggil begitu. ::Gunung Kinabalu telah berpindah ke Pahang:: ~Dalam cerita 'with love', statue patung perempuan yang berada di Paris telah berpindah ke Jepun. Kalau aku kata Gunung Kinabalu telah berpindah ke Pahang, mahukah kau percaya? Kata fasilitator kursus keusahawanan aku, kita patut percaya. Namun bila orang kata si polan telah berubah, jangan sekali-kali kau percaya, selidik dulu. Begitulah analoginya tentang perangai manusia yang sukar berubah. ::Selamat ulang tahun kelahiran:: ~Buat Ain di Kota Kinabalu~ …rintih di hati pernah kau dengari kerana kau memahami dan perjumpaan yang disuratkan-Nya atas namaNya kita mengenali bersahabat dan akan tetap bersaudara ~Baru semalam rasanya ukhuwah itu terbina. Atas nama mahabbah di atas jalanNya, talian persahabatan kami tetap utuh biar jarang berhubungan. Dia teman siber di mana kami sering bertukar-tukar cerita dan pengalaman. Dan ternyata persahabatan di hujung jari ini kekal sehingga kini. Kalau tak silap sudah lebih empat tahun kami bersahabat. ~Aku harap kami akan bertemu suatu hari nanti. Iya, aku akan pasti menemui dia. Insyallah, kalau umur ini masih panjang dan diizinkan tuhan. ~Tepat jam 12 malam akan kulayangkan SMS sebagai pengganti diri. Kad ucap selamat samada secara digital atau conventional tidak terhantarkan. Kadnya sudah dibeli awal lagi namun aku tidak tahu, mahu ditulis apa di dalamnya. ~Apa-pun aku di kejauhan ini, ingin mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke 27 tahun. Semoga dirimu akan mencapai apa yang diinginkan. Dan tidak lupa diucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas persahabatan selama ini. ::Rezeki:: ~ ~Tengahari ada call masuk. ~Aku sempat bergambar untuk mengambil pasport. Kata mama sayang kalau aku dapat kerja awal(makanya aku tak boleh keluar negeri selama 2 tahun). Aku kata tidak mengapa sebab passport itu untuk 10 tahun. Aku boleh gunakannya untuk berjoli sakan selepas tahun terlarang itu. :: Koi mase ni bapoks esok nya buat dak memacam he. Kettnya awok hagham mm menamatau Rase koi kala ok tahu he koi rase koi penin lalu kepala hotok wok gonegaya kitani koi kala dapat ndok merase hak wok temaklumlah benda baru sedak pulok ketnya koi mintok mooh langa wok cakap gini dan pulok ande mase tak senonoh terang terang koi cakak ngan awok ni gur aje!~!@! ::Sistem lama di zaman globalisasi:: ~Sudah ada computer dan internet masih juga perlu beratur dan membuang masa selama 45 minit hanya sekadar mahu re-new passport yang mansuh. ~Patutkah system lama masih berada di zaman globalisasi? Kalau kerana terdesak, itu masih boleh. Misalnya, kita boleh guna lilin ketika takde elektrik. Tapi, kita tidak boleh guna lilin ketika ada elektrik. Itu membazir tenaga namanya. ::To Daddies out there:: Buat ayah aku, "Selamat hari bapa" Walaupun ayahngah belum berkahwin tapi aku tetap beri ucapan selamat hari ayah. Moga berkat ucapan yang sudah tiga tahun diterimanya akan melayakkan dia mendahului aku menamatkan status bujangnya. Haha. ::Hamba yang sopan:: ~Perkataan 'hamba' yang pernah digunakan di zaman Hang Tuah dan Tun Teja itu adalah ganti diri yang sopan namun ia akan mengusik sentimenku seandainya diguna-pakai. Malam ini aku terdengar ia diguna oleh ayahngah. Terus terang aku beritahu dia, 'Tolong jangan guna lagi perkataan itu". ~Menyelak beberapa majalah wanita sekitar 1997-2003. Aku terjumpa beberapa fakta yang kemudiannya aku khabarkan kepada ayahngah. 'Lelaki mempunyai hidung yang besar dari perempuan manakala perempuan mempunyai mulut yang besar dari lelaki. Juga lelaki mula kurang pendengaran pada usia sekitar 32 tahun manakala perempuan pula pada sekitar usia 37 tahun'. Huuuhuu, aku memang telah komen panjang lebar perkara ni dalam hati Cuma tunggu ayahngah buka gelanggang debat. Sayangnya dia turut bersetuju dengan bersyarat (kalau itu pertemuan sains). ::Berkhatan:: ~ Tiga adik lelaki aku berkhatan petang nanti. Aku pakat gelak bila depa semacam menunjuk, kononnya berkhatan itu tidak menyakitkan. Aku kata kat mak, "biarkan kebenaran itu berbicara". Haha. ::Nangka yang belum gugur:: ~Malam ini mata merajuk. Sudah beberapa malam begini. Harap-harap ketika bengkel berjalan esuk aku tidak menguap mahupun terlentuk. ::Hutang yang sudah lunas:: ~Sudah kusiapkan 50 rangkap Haiku buat mengisi majalah tempatan. Maka dengan ini diishtiharkan lunaslah hutang janjiku pada seorang pegawai DBP yang ramah tamah. ::Saya melaporkan berita dari bengkel penulisan:: ~Adalah salah jika anda berkata, "saya melaporkan dari bengkel penulisan". Namun demikian, acapkali didengari pemberita atau wartawan menggunakan ayat tersebut. Silap siapakah lalu terjadinya hal memalukan ini? Dewan bahasa yang tidak mahu menegur, pihak berkenaan yang tidak mahu ambil tahu, orang ramai yang pakar bahasa atau siapa? Sepagi belajar struktur ayat, aku rasa nak kojol. Hampir ke semua latihan struktur ayat salah. Antara kesalahan lain: Faridah ialah seorang guru. Kami mengatakan ayat: Faridah guru itu salah walhal itulah ayat yang sempurna. Aku jadi serba salah. Struktur ayat sudah salah. Jadinya, aku tertanya-tanya, apa saja yang diajarkan dalam silibus bahasa melayu sehingga struktur ayat kami tidak betul. Bukan satu dua peserta bengkel. Keseluruhan! Bahasa melayu dalam silibus yang diajarkan cukup mudah. Tidak ada diajarkan secara panjang lebar mengenai struktur ayat. Dulu, Cikgu pastinya gembira bila kami tahu membuat ayat. Kenapakah tidak ada pakar bahasa yang mengambil alih tugas-tugas guru bahasa melayu. Kenapakah pakar-pakar bahasa tidak mahu turut campur dalam pemilihan silibus? Kenapa?Kenapa? Mungkin, antara factor terbitnya kesalahan struktur ayat akibat terbawa-bawa dengan struktur B. inggeris. Entah di manakah nilai bahasa melayu di dalam Negara aku dan di mata masyarakat aku. ::Kakak form berapa?:: Rasa macam nak tersedak bila ditanya begitu. Seorang peserta perempuan dalam bengkel ingat aku ni masih pelajar sekolah. Walhal, aku ini sudah melepasi zaman itu. Budak itu tengok aku dengan rasa tidak percaya. Macamlah aku menipu. Sudah beberapa orang fikir aku ini masih di sekolah menengah. Aku tahu rata-rata peserta yang mengikuti bengkel ini penuntut menengah dan pelajar sastera di universiti. Masa aku mengajar dulu, aku turut sama disangka pelajar sekolah. Bukan kerana ketinggian aku. Mungkin wajah aku?. Hehehe. Budak ini jumpa kawan dia selepas bercerita-cerita dengan aku. Kemudian dia kembali mendapatkan aku dengan soalan yang membuatkan aku rasa tercekik. Budak::"Kakak dah berkahwin?" Aku:: (Tersenyum dan kemudian menggeleng) Budak:: Bertunang? Aku:: (Tersenyum dan kemudian menggeleng) Budak:: Aku:: (Tersenyum dan kemudian menggeleng). Semua tidak ada. Budak:: Yang kenal biasa-biasa? Aku:: Tidak ada. Budak:: Abis tidak terpikat hati dengan kawan seuniversiti? Aku:: Tidak ada. Tidak ada ciri pilihan hati Budak:: Nanti adalah tu kak Aku:: Sukar sebenarnya nak cari pilihan hati ini. Takut terduga…(aku tak ingat aku cakap apa selepas itu. Pokoknya aku ter-melalut) Aduh! Aku dah menggelabah dengan soalan simple sebegini. Sebabnya? Aku tidak pernah menduga soalan begini akan diajukan ketika aku menghadiri bengkel penulisan! Sehingga kini aku masih tertanya-tanya motif soalan budak tersebut. ::Susahnya memahami jiwamu:: Aku rasa menulis cerita kanak-kanak adalah suatu perkara yang sukar. Sebabnya? Cuma kanak-kanak yang faham jiwa kanak-kanak. Dan aku Cuma faham jiwa orang dewasa saja. Orang dewasa boleh saja kuhidangkan dengan cerita semasa seperti kereta apa yang terkini, rumah, perhiasan. Hidup, mati, cerai. Kalau aku berbicara dengan orang dewasa mengenai patung Barbie atau suka riben dengan ikat tocang atau apa, aku sudah menyalahi etika. Kerana itu aku rasa kesukaran yang terlalu ketika menulis buku cerita kanak-kanak. Untuk menulis cerita kanak-kanak, aku kena melukis illustrasi. Ayat tidak boleh terlalu bombastic. Kena tahu buat sound effect. Banyakkan dialog sebab budak-budak suka. Illustrasi mesti menarik dan boleh memberi kefahaman. Mesti ada motif cerita dan aku tidak faham motif cerita budak-budak. Cerita yang ::Kembali pada-Nya:: Untuk kawan aku Ar*** takziah atas pemergian ayahnda tersayang pada 10 Jun lalu. Aku Cuma tahu petang tadi. Tergamam aku bila dia memberitahu. Tiba-tiba terasa semakin dekat dengan kematianku. Al-Fatihah untuk Allahyarham. ::Aku tidak boleh jadi semua yang kau mau:: Orang kata, mana ada orang yang sempurna atau perfect di dunia ini. Dulu, aku rasa aku ini terlalu sempurna sehinggalah aku menemui kegagalan ketika melakukan sesuatu. Makin dewasa, makin terasa aku tidak sempurna. Ingin hati mahu jadi sempurna. Tapi aku tidak pernah akan mencapai kesempurnaan 100%. Lalu biarlah aku begini. Jadi orang biasa-biasa saja. Aku masih sakit hati dan pening kepala. Ini gara-gara membuat illustrasi untuk buku aku. Kenapa harus aku dipaksa melukis sedang aku tidak pandai. Aku sakit hati bila dipaksa. Aku tidak suka. Aku boleh buat Cuma perlukan masa. Satu hari tidak cukup untuk melukis 9 keping gambar yang menarik. Aku boleh hentam tapi orang akan tengok hasil kerja aku. Aku sakit kepala. Aku rasa tenat! Esuk bengkel akan disambung. Esuk kerja kami akan dilihat.
:::Ada apa kursus keusahawanan?::: Ditulis: 4 Jun 2005 Kursus sependek 4 hari. Sudah diwar-warkan kepada teman. Sayangnya mereka mensia-siakan peluang yang ada. Lalu aku tampil memberanikan diri. Hari yang ditunggu-tunggu tiba. Untuk apa aku terjun dalam bidang yang asing itu? Pastinya bukan kerana duit, nama atau kuasa. Dan aku sendiri masih tidak pasti tujuan itu. Dari hari pertama hingga ke hari terakhir, apa yang aku nampak tujuan ‘orang’ menjadi seorang usahawan cuma satu, DUIT! Aku bukan benci kepada duit tapi aku kehilangan perasaan suka pada duit. Duit bagi aku memang perlu. Iya! Demi hidup, kita harus mencari rezeki. Tujuan lain, untuk menolong orang. Lebih dari itu, aku tidak tahu. Hidup ini, kalau kita terlalu miskin akan menjadi merbahaya pun terlalu kaya akan menyebabkan kita lupa diri. Pada sesiapa yang tak kisah soal duit, boleh kita berkongsi sama pendapat? Hari pertama Datang seawal 7.30 pagi dijemput pensyarah yang aku bantu. Kenapa dia jemput, aku tak tahu. Mungkin jalan ke U itu dekat dengan rumah aku. Dia memang baik. Pedulikan. Jangan bersangka buruk! Lagipun, memang aku dah berjanji nak datang awal tolong dia. Dalam kereta kami bercakap-cakap. Yang aku observe, segelintir lecturer ni tak banyak bercakap. Cakap pun slow. Lalu, aku pun tak berani nak cakap banyak. Tengah bercerita-cerita itu aku baru tahu dia memang berasal dari Negara aku. Dulu, masa baru mula belajar course dia, mati-mati kuingatkan dia orang Filipin. Sampai kat parking, ada seorang uxxxxxx yang aku kenal. Hmm. Entah. Aku memang masih tak faham dengan manusia. Dia pun macam nak menghindarkan diri dari aku. Kekadang aku kesal dengan manusia yang sepatutnya menjadi hak milik masyarakat. Dan itu sudah cukup membuatkan aku berfikir berkali-kali untuk jadi seorang guru. Di mana-mana aku adalah milik masyarakat. Sebab itulah aku rasa tugas guru itu terlalu berat untuk dipikul. Siapa kata tugas guru berakhir selepas pukul 12.30 tengahari atau 4.30 petang? Percayalah! Bila aku kenal dan berbaik dengan mana-mana pensyarah aku tidak pernah terfikir nak ambil kesempatan. Aku cuma nak belajar, mencari ilmu dan pengalaman. Lebih dari itu, aku belum pernah terfikir. Lalu, aku simpulkan, Berbaik-baik dan bergaullah seadanya. Usah terlalu rapat dan merapatkan diri… Pensyarah aku terpaksa keluar negeri selama 3 minggu untuk membuat kajiannya. Tentang apa, aku tidak mahu tahu. Aku sudah terlalu khuatir keramahan aku bakal menimbulkan spekulasi pada manusia. Sekarang, orang cerita aku dengar. Nak tahu lebih dalam lagi, aku tidak mahu untuk mencuba. Okey, berbalik pada kursus hari pertama. Aku letih terlalu-lalu. Fasilitator cakapnya banyak sangat. Otak aku susah nak cerna dengan terms dalam bisnes. Akhirnya aku tenat sendirian. Dalam sehari kami kena hadiri kursus selama 9 jam. Bayangkan kau dengar ceramah selama itu. Ini bukan ceramah bagaimana menekel pasangan. She was entirely talking about entrepreneurship. Bidang aku bukan bisnes dan aku memang blur. Hari pertama memang membosankan! Hari pertama itu kami Waktu petang ada seorang usahawan datang menghulurkan nasihat pada orang baru macam kami. Cuma, aku sukar nak terima pengalaman dia sebab usahawan itu memang orang berada. Kalau boleh, aku nak depa jemput orang dari kalangan manusia biasa. Walau bagaimanapun, fasilitator dan penceramah lain banyak memberikan tip-tip untuk membuka perniagaan. Aku lebih tertarik kepada penceramah yang berbahasa melayu itu. Namun yang demikian dia juga bercakap pasal duit (tapi aku nampak duit itu padanya hanya untuk menyambung hidup). Nampaknya dia memang seorang yang humble walaupun dia memang orang berada(aku rasalah). Dan kredit untuk dia kerana bercakap tentang masalah-masalah belia sekarang. Akhirnya aku terjumpa manusia macam dia dalam sebuah universiti. Tak kusangka! Dua tiga orang teman mengusulkan soalan berbaur bisnes. Aku rasa bisnes ternakan ikan dan udang terlalu merbahaya. Salah satu factor aku tidak mahu menceburkan diri dalam bisnes ini: bisnes ini banyak merosakkan alam sekitar. Kita terpaksa tebang banyak hutan kalau nak ternak udang atau ikan dan lagi kena dekat laut atau Sungai. Dulu, kami pernah buat lawatan ke pasir putih. Impak projek ternakan udang itu, pasir putih makin pupus walhal nilai pasir putih itu terlalu tinggi! Hari kedua Fasilitator sudah tidak membosankan aku. Dia berjaya menghibur ketika ‘berceramah’. Kisah hidup dia yang hebat membuat aku teruja. Dari situ aku mendapat ilmu. Memang kalau kita tahu teknik kita boleh berjaya dalam dunia yang maha kuat dugaannya. Kenapalah aku tidak mempunyai hati yang tega sejak aku lahir? Keyakinan diri pun tidak kuat sangat. Pada hal-hal yang tertentu aku boleh buat kerja tanpa keyakinan and in return hasil kerja tetap membanggakan. Kita boleh saja tidak ada duit namun keyakinan diri jangan sekali-kali kau kehilangan. Hari kedua ini kami banyak belajar ciri-ciri dan sikap usahawan. Aku memang ada ciri-ciri seorang usahawan dan lebih kurang empat sikap saja yang perlu diperbaiki. Cuma, aku belum ada kekuatan untuk berubah. Mungkin selepas bisnes itu ada di depan mata barulah aku tahu dunia bisnes yang sebenar dan aku akan terpaksa berubah. Dalam dunia ini ada perkara yang kita tidak boleh pilih. Memilih siapa ibu bapa kita dan memilih samada mahu dilahirkan atau tidak. Dan aku tidak layak menyoal dan menyalahkan takdir Tuhan. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat aku. Sedikit sebanyak cara aku dibesarkan dan dididik memberi impak besar dalam pergaulan dan kelakuan. Dan syukur kerana didikan itu aku belum pernah terjerumus dalam kancah kehinaan. Cuma aku sedikit lembab dalam pergaulan sesama teman dan orang lain. Mengalami kesukaran memulakan persahabatan, berkomunikasi dan kurang keyakinan diri dalam hidup. Pada hari kedua juga kami diajar bagaimana untuk menghasilkan idea. Inilah perkara yang paling menyeronokan. Dan aku kemudian menyedari kursus ini terlalu berharga buat aku. Ia boleh menolong aku menghasilkan idea dalam penulisan. Bukan senang nak keluarkan idea dari otak. Tapi kursus ini cuma menyenaraikan 4 kaedah. Apa kaedahnya itu adalah rahsia. Nak tahu kena bayar aku. Hehe. Kreatif dalam menghasilkan idea bukan satu anugerah. Sesiapa saja boleh menjadi kreatif asalkan dia tahu teknik. Dan dalam bisnes, kreativiti memang diperlukan. Terlalu diperlukan. Dalam masa satu minit bolehkah anda senaraikan idea mengenai batu Sungai? Berapa banyak idea yang boleh anda hasilkan. Kalau anda mampu mengeluarkan 20 idea dalam masa satu minit, anda sememangnya seorang yang kreatif. Hari ketiga Pada hari ini kami diajar berbisnes dengan hanya teori yang kami pelajari dalam masa dua hari. Hasilnya? Group aku jatuh muflis. Memang ilmu di dada belum cukup dan antara factor lain kenapa kami boleh muflis.
Kerana nak untung cepat, kami tidak boleh menyiapkan tugasan. Stok tidak boleh dihantar habis dan hasilnya kami mengalami kerugian. Nak bayar pekerja pun tidak cukup. Boleh makan daun saja ler jawapnya hujung bulan. Hehe. Kesimpulannya, kalau nak berbisnes mesti ada business plan. Dan pada sesi petang kami diajar pula bagaimana membuat business plan. Fasilitator kata, software pun ada dijual malahan ada disediakan template untuk setiap business. Nak business apa kau cakap saja pada depa. Siap dengan fail sekali! Kau cuma perlu duit dan bayar mereka. Namun yang demikian pihak bank tetap hendak business plan yang dibuat oleh kau sendiri. Even kau kena bentangkan business plan itu pada depa. Hehe. Tidak ada jalan mudah untuk mencari kekayaan! Hari keempat Hari terakhir kami belajar pula skil keusahawanan. Cara bercakap, membentang, berhadapan dengan orang dan lain-lain. Bab ini aku memang tak mahir. Aktiviti yang menarik di mana kami dikehendaki mengadakan program masakan. Program berkontrak dengan orang TV. Kelakar, all what I could say. Muflis orang TV seandainya kami yang terpaksa handle program tersebut. Peserta-peserta memang sporting dan ada yang kreatif. Sesi petang diadakan lagi satu aktiviti di mana kami di kehendaki membuat iklan di dalam radio. Group aku kena iklan chewing gum dan di-highlight-kan khas buat para pendidik. Apa kegunaan chewing gum untuk pada guru-guru?
Hehe. It was really fun to come up with this crazy idea. Theme song yang dibuat meninggalkan kenangan buat aku. Entah radio mana nak beli iklan kita. Hehe. Lepas program 4 hari kami dapat sijil penyertaan. Namun ilmu masih belum cukup lagi untuk memulakan perniagaan. Diucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada fasilitator kursus yang sentiasa ceria dan bertenaga, penceramah-penceramah lain yang cukup sporting dan friendly, kawan-kawan yang menceriakan dan juga pihak universiti yang banyak membantu dalam kursus ini. (Kredit untuk makanan yang disediakan, hehe. Tapi kenapa makanan kaler hijau pada hari terakhir macam rasa entah-aku-tidak-tahu-rasanya. Macam beracun. Tapi, kek kejunya sedap. ) Cuma satu perkara yang aku kesali. Penggunaan kertas A4 yang tidak dipantau. Alangkah baiknya kalau kita gunakan kertas terpakai di dalam ofis. Berapa banyak pokok-pokok yang harus ditebang hanya kerana nak buat aktiviti dalam kursus. Sungguh ironi, Kita usahawan yang sepatutnya kreatif. Aku, nak koyak kertas putih A4 yang baru itu rasa macam guilty yang terlalu. It was like a big sin. Tengok depa koyak kertas-kertas, hati aku berbisik, ‘Please stop it. Aku rasa nak suruh depa berhenti”. 15 perkara yang aku dapat dari program pendek ini.
.:::Kalau bukan diabetes, lalu apa?:::. 19 Mei 2005 “Hehe, aku tak banyak ambil gula pun tak makan banyak”. Beberapa saat kemudian, doktor itu suruh aku buat blood test pula esuk hari! --- Aku minta pada tuhan, andai aku menjadi seseorang suatu hari nanti, hendaknya aku bukan orang yang sombong dan mudah lupa diri. Tapi kawan-kawan kata, better keep your mouth shut. Selalunya, orang yang berkata begitu akan membuat perkara yang sebaliknya. Jangan asyik memandang bulan di awan, sedang rumput dipijak dihiraukan. Aku berdoa agar aku tidak akan berperangai sedemikian. Aku sedar, aku pernah jadi rumput, lalu aku tahu bagaimana perasaan rumput. Andai aku jadi bulan sekalipun, aku tetap akan merenung rumput di bumi. --- Aku malu. Aku gembira. Aku bangga. Malu sebab kemahiran translation aku tak berapa(without dictionary I cannot generate a nice sentence). Gembira, sebab aku buat translation sekejap. 15 minit dan bukan 1 minggu. Aku bangga sebab aku mampu menyudahkan perkara yang orang lain anggap susah. Aku tidaklah seteruk yang ‘kau’ sangkakan. Kadang-kadang kita boleh rasa terlalu rendah diri sebab persepsi orang terhadap kita. Lalu, kita hendaklah cari betul-betul di manakah letaknya diri kita di mata orang. Dan kemudian, letakkanlah diri kita betul-betul di mata orang itu agar dia nampak kita dengan betul. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Dan kita sebenarnya adalah musuh kita sendiri. Ditulis::20 Mei 2005 .:::Istimewa ker hari ini?:::. “Years come and go…but today is a special day …20052005. Double match. It happens only once in a lifetime…so…I wish you a very wonderful day!” Aku dengar ceramah melalui HP. Ayahngah yang call dan perdengarkan. Bukan lama, beberapa saat jer lepas tu dia tutup. Patut ker? Entah! Kalau lama pun, bukan jelas sangat apa penceramah cakap. Berdengung jer. Hari ini Mungkin benar, hari ini memang patut untuk dikenang dan mungkin ada hikmah yang berciciran.
.::Apa yang kau cari dalam kehidupan?::. Ditulis::13 Mei 2005 “Kalau kau menyayangi bunga, bunga akan layu. Kelopaknya akan gugur. Andai kau menyayangi rupa, suatu hari nanti ia akan berkedut dan dimakan tua. Sekiranya kau menyayangi manusia, dia akan mati. Dan kau akan sendiri. Namun, andai kau sayang pada Allah, Dia di situ, kekal selama-lamanya”. - Hazwana Tanyaku kepada Wan pada suatu hari. Apa yang kau cari dalam hidup?. Dia tidak mahu beri jawapan. Tapi aku memaksa. Dapat jawapan, hati pula tidak puas. Dulu, aku tidak tahu apa yang patut dicari dari hidup ini. Bagiku, belajar dan kemudian dapat kerja. Bekerja kuat dan dapat duit. Dan bila kita sakit sebab asyik bekerja, kita habiskan duit kita untuk berubat. Dan akhirnya, lambat laun kita akan mati. Tiada yang tinggal dan yang dibawa cuma kain putih dan amalan. Jadinya, apa tujuan hidup yang sebetulnya?Dan ketika itu Wan mengatakan bahawa aku ini semacam sudah putus asa untuk hidup. Sehinggalah ditanyanya pada siapa aku sudah berguru. Ketika di Pusat pengajian Tahfiz, aku “Hidup ini hanya untuk menyembah dan mengabdikan diri padaNya. Hidup ini juga memerlukan kita untuk menolong orang lain. Pertolongan samada dari segi material atau buah fikiran. Dan kita perlu berbuat kebajikan sebanyak mungkin sehinggalah kita menutup mata. Dan kita dituntut menuntut ilmu kerana ia wajib. Dan dengan ilmu kita dapat menolong orang. Dan bukankah ada perkara yang tidak akan terhapus meski anak Adam itu telah menutup mata?Nah, di situlah manfaatnya ilmu. Justeru, bagiku, tiada tujuan lain hidup ini melainkan untuk mencari keredhaan dan cintaNya!”. Kak Long:: Terasa bersemangat rasanya untuk terus berkarya bila hububan wayu cintaMu menerpa!
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||