Laman Tamu
Lahir tanggal:: 15 Zulqaeidah
Susunan dalam keluarga::Puteri sulung
Jenis darah:: A
Bintang:: Libra
Elemen:: Angin
Warna mengikut tarikh lahir:: Biru laut
Tinggi:: 165 cm
Taraf persekolahan:: Universiti
Profesyen:: Pendidik(menengah)
Interest:: Travelling, reading, sightseeing, nature.
|
 |
Thursday, February 24, 2005
Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah
sallallahualaihi-wasallam bersabda : "Bermula dunia ini ialah kesukaan
dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang
solehah."
Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda:
"Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu
disimpan oleh seorang lelaki?" Iaitu isteri yang solehah. Jika suami
melihat kepadanya diaakan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia
akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya
dan memelihara kehormatan dirinya." (HR:Ibnu Majah)
Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya
sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di
antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap
kerja-kerjanya. Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:
1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia
taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang
soleh.
"Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri
(tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di
belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka..."
(Surah An-Nisa':34)
Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan
Rasulullah sallallahualaihi-wasallam, ia patuh terhadap suaminya dan
menyimpan segala rahsia baik diluar rumah mahupun di dalam rumah. Ia
selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya
yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak
pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan
patuh kerana Allah.
Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah
lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada
suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu
pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak
dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka
isteri dibenarkan membantah.
Rasululllah bersabda, "Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada
manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya
lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita"
2. Menguruskan rumahtangga
Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah
dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk
dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas
sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat
menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari
rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti
menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya
amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.
3.Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang
tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah.
Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala
ramutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya
isteri berhias hanya untuk suami.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika
suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri
dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi
penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi
menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW:
"Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di
dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk
ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah,
iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat
bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah
lama telah ditinggalkan suaminya."
(HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja
tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias
untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan
secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan
senang dilihat oleh suami.
4. Melayani suami
Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang
sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah
memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak
kemahuan suaminya .
Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan
suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan
tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan
sekit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara' untuk melakukan
persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.
5. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita
pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia
menutup bahaian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk
badannya tetap nampak jelas.
Allah SWT berfirman, ertinya:
"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian
untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian
taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian
daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu
ingat."
(Surah Al-A'raar:26)
Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau
sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak
tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya
berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan
tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.
Firman Allah yang bermaksud:
"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka
ke seluruh tubuh mereka."Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha
Penganmpun lagi Maha Penyayang."
(Surah Al-Ahzab:59)
6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi
suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah
hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai "teman hidup".Jika
suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita
keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .
Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada
suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati
suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya
bersama-sama.
Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:
Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi
tdak melanggar perintah Allah.
Bersikap malu terhadap suami.
Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara
setelah ia selesai berbicara.
Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika
ketiadaan suami.
Sentiasa menghormati keluarga suami .
Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
Posted at 09:09 am by KakLong
Permalink
Hidup bermasyarakat seringkali membuat kita harus waspada dan menahan diri. Tentu, karena hidup dengan sejumlah orang yang masing-masing keinginan dan pendapatnya berbeda-beda. Tak bisa dipungkiri hidup bermasyarakat akan senantiasa menemui berbagai gesekan. Gesekan-gesekan kecil itu bisa saja berubah menjadi sebuah bencana yang dahsyat bila tak ada saling pengertian dan saling memberikan nasihat. Seseorang yang menghisap rokok di sebuah bis, asapnya akan membuat batuk penumpang lain. Mungkin karena takut atau segan menasihati, mereka akhirnya memilih diam tidak menasihati perokok tersebut, meski dirinya kesal. Sehingga di sini diperlukan sikap tahu diri dan perlu ada yang menasihatinya. Karena bila itu dibiarkan kemungkinan akan menyebabkan sakit semua penumpang. Harus ada saling pengertian di antara individu masyarakat.
Sabda Nabi Saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a.: “Seorang mu'min yang bergaul dengan masyarakat dan sabar atas rintangan mereka, lebih baik daripada orang yang tidak bergaul dengan masyarakat (menyendiri) serta tidak sabar atas rintangan mereka.” Dengan demikian, sebagai manusia kita tak bisa hidup menyendiri. Adalah suatu sunatullah bila akhirnya setiap individu itu hidup berkumpul dengan individu lain dalam sebuah komunitas yang dinamakan masyarakat. Dalam hal ini tentu saja, sesuai dengan sabda Rasul tadi, bahwa kita harus bisa bersabar atas rintangan yang dibuat oleh individu lain. Dan berusaha untuk memberikan nasihat, bila tak menghendaki kerusakan.
Dalam pandangan Islam, sebuah masyarakat adalah kumpulan individu yang berinteraksi secara terus menerus, yang memiliki satu pemikiran, satu perasaan dan di bawah aturan yang sama. Sehingga di antara mereka akan terjalin hubungan yang harmonis. Bila ada sebagain anggota masyarakat yang menderita, serta merta individu yang lain menolongnya dengan sekuat tenaga. Begitu pun ketika ada salah seorang anggota masyarakat yang melakukan tindak kriminal, serta merta pula individu yang lain menegur dan menasihatinya dan negara berhak memberikan sanksi bila itu menyebabkan teraniayanya individu lain.
Rasulullah pernah memberikan perumpaan yang bagus tentang hidup bermasyarakat ini. Sebuah masyarakat itu diibaratkan sekumpulan orang yang sedang naik kapal yang besar. Ada sebagian individu berada di bawah kapal, dan sebagian yang lain berada di atasnya. Sehingga bila seseorang yang berada di bagian bawah ingin mengambil air, ia harus naik tangga dan melewati orang-orang yang ada di bagian atas kapal. Celakanya, bila mereka nekat memilih jalan pintas, yakni melubangi lambung kapal untuk mendapatkan air, bila hal itu tidak dicegah oleh penumpang lain, maka akan tamatlah seluruh penumpang kapal tersebut. Perumpamaan yang bagus. Yang tentu saja memberikan gambaran kepada kita, bahwa hidup bermasyarakat itu memang banyak tantangannya. Sayangnya, hidup bermasyarakat yang digambarkan oleh Rasulullah saw itu tak terdapat dalam masyarakat kita sekarang ini yang cenderung individualistis dan liar. Kalau pun ada hanya beberapa saja yang memahami perlunya hidup bermasyarakat yang benar.
Masyarakat bukan hanya kumpulan individu semata yang tak memiliki aturan. Yang bebas berbuat apa saja semau mereka. Jelas hal ini tidak diajarkan oleh Rasulullah. Ukhuwah yang benar dan baik justeru adalah saling memberikan nasihat kebaikan. Firman Allah SWT:
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh dan saling menasihati dalam mentaati kebenaran dan saling menasihati dalam menetapi kesabaran.” (Qs. al-‘Ashr [103]: 1 - 3).
Posted at 09:05 am by KakLong
Permalink
Wednesday, February 23, 2005
Hanya Ingin Mengingatkan ...
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ...
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
" Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an rang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
Posted at 04:58 pm by KakLong
Permalink
PANDUAN MENANGANI GEJALA SOSIAL
Oleh: Panel Penulis Penerbitan Minda Ikhwan (PMI)
Satu panduan yang berupa risalah atau artikel atau
buku kecil harus dikeluarkan dengan segera bagi
menangani gejala-gejala masyarakat terutama yang
berlaku kepada pelajar-pelajar sekolah dan remaja masa
kini agar kaedah-kaedah atau formula-formula yang
dilaksanakan itu tidak merupakan percubaan semata-mata
atau ‘trial and error’. Biarlah kaedah itu tepat dan
untuk tindakannya ada orang yang layak melaksanakannya
secara ia sendiri menghayati dan diapplykan kepada
pelajar-pelajar atau belia, kena sasarannya agar
usaha-usaha kita itu berkesan, selepas itu tidak ada
lagi meraba-raba mencari formula serta sentiasa
mencuba-cuba.
Mendidik binatang atau cara menanam pokok boleh
dicuba-cuba. Kalau tidak tepat atau tidak menjadi dia
tidak merosakkan generasi penerus. Binatang atau
pokok itu boleh dimusnahkan sahaja atau dijual
murah-murah atau disembelih dan dibuat sayur. Kemudian
boleh cari formula (kaedah) yang lain untuk membuat
percubaan kepada haiwan atau tanaman.
Tapi untuk mendidik manusia yang berperanan sebagai
hamba Allah dan khalifah-Nya serta penerus generasi
yang ada, mana boleh mendidik mereka dengan membuat
formula (kaedah) secara mencuba (trial and error)
kerana kalau kaedah itu tidak tepat, akan musnahlah
satu generasi yang generasi itu akan mendidik pula
generasi berikutnya. Akan punahlah bangsa itu
berlarut-larutan beratus-ratus tahun lamanya.
Oleh itu untuk menangani gejala sosial di kalangan
pelajar atau belia, mana boleh sekadar dengan cara
riuh-rendah diperkatakan di suratkhabar, disemarakkan
dengan majlis forum merata negara, dibuat
bermacam-macam undang-undang dan peraturan,
digertak-gertak dan ditakut-takutkan dengan polis.
Kita bimbang dengan usaha-usaha ini kalau ibarat
gejala sosial itu merupakan pokok dedalu, ia akan
menjadi baja untuk lebih menyuburkan pokok dedalu itu.
Ertinya usaha kita itu akan menyuburkan lagi
gejala-gejala sosial di dalam kehidupan kita.
Untuk menangani gejala sosial itu memerlukan golongan
yang ikhlas, kita faham kepada siapa sebenarnya yang
patut menjadi teras menangani masalah ini. Kita tahu
golongan sampingan yang ikut serta untuk dibawa
bersama. Kita mengerti golongan yang mana pula yang
sedang merosakkan para pelajar atau remaja untuk
dibanteras dan puak mana pula yang mengambil
kesempatan dengan kerosakan yang ada.
Kalau kita bukan orangnya menangani gejala sosial di
kalangan pelajar atau remaja, kita jangan campurtangan
walaupun kita ada jawatan atau orang terkenal. Kita
serahlah kepada orang lain yang boleh membuat kerja
ini. Tuhan tidak memberi seseorang itu pakar di semua
bidang. Walaupun boleh mencabar kewibawaan kita, kalau
kita tidak faham di bidang ini janganlah kita
memandai-mandai. Kalau ada golongan yang lain, mungkin
tidak menonjolkan diri atau keadaan tidak membolehkan
dia menonjolkan diri, kita yang ada kuasa
menonjolkannya. Kita tonjollah dia, kita bolehlah
membantu dengan cara teknikal atau kewangan dan doa.
Di bawah ini diberi sedikit panduan secara umum,
iaitu:
1. Kalau di sekolah tempat sumber para pendidik dan
pendidikan manusia sudah tidak mampu lagi melahirkan
manusia yang berdisiplin lahir dan batin, jangan mimpi
di kilang, di padang, di hutan-hutan rekreasi, di
ladang, di pejabat dan lain-lain tempat, dapat
melahirkan manusia yang berdisiplin lahir dan batin.
Kerana tempat-tempat itu bukan gelanggang pendidikan.
2. Sepatutnya manusia yang terdidik itu selalunya lahir
daripada guru-guru yang terdidik, pemimpin guru-guru
seperti pengarahnya, nazir-nazirnya dan
menteri-menteri yang terdidik kerana mereka specialist
di bidang itu.
3. Dasar pendidikan dan pelajaran yang baik itu
menekankan hubungan manusia dengan Allah dan hubungan
manusia sesama manusia hingga lahir manusia yang
takutkan Allah (iman). Dari sini timbul sifat adil,
amanah, timbang rasa, tawadhuk, pemurah dan pandai
menghormati manusia mengikut taraf masing-masing;
dengan guru bagaimana, dengan ibu bapa bagaimana,
dengan pemimpin bagaimana, dengan kawan sebaya macam
mana, dengan orang yang di bawah peringkatnya macam
mana, meletakkan diri di dalam pergaulan macam mana?
4. Gejala-gejala masyarakat ini, ia bala dari Tuhan.
Ada perkara yang tersembunyi mengapa Tuhan lakukan.
Banyak manusia tidak tahu perkara yang batiniah ini.
Di antaranya dasar pelajaran dan pendidikan yang tidak
tulen berdasarkan syariat, banyak bersifat akli,
mereka yang terlibat dengan pelajaran dan pendidikan
nawaitunya bukan kerana Allah, mungkin kerana gaji,
nama, kedudukan.
5. Mungkin di sudut-sudut lain seperti di bidang
pembangunan, ekonomi, kita berjaya lantaran itu kita
sombong, bangga, mencari nama, lupa hubungan kita
dengan Allah, memperkecil-kecilkan orang lain, maka
Allah rosakkan di aspek yang lain maka akhirnya
kejayaan-kejayaan itu tidak ada erti apa-apa lagi
kepada manusia, agar manusia kembali kepada Allah dan
tidak menghina golongan-golongan yang lain yang tidak
mampu membuat kemajuan. Allah mahu makin banyak nikmat
Allah (kemajuan) makin merendah diri bukan membesar
diri. Allah mahu mengajar manusia usaha di tangan
manusia, yang menjayakan ialah Allah Taala, supaya
manusia tidak sombong.
6. Mungkin kita hanya mengiktiraf usaha-usaha kita atau
golongan yang sama prinsip dengan kita. Kemudian kita
tekan dan zalimi golongan lain yang tidak sebulu
dengan kita, sama ada secara terang-terangan atau
secara senyap-senyap. Lantaran itu Allah murka, maka
Allah lakukan melalui usaha dan dasar yang kita buat
itulah yang menimpakan mala petaka kepada kita.
7. Sebahagian umat Islam, bala bencana yang berlaku
(gejala sosial) itu mereka tidak percaya ia adalah
disebabkan dosa. Oleh itu mereka tidak akan merasa
berdosa dan dengan itu mereka tidak akan bertaubat
kepada Allah di dalam menyelesaikan masalah yang
timbul. Tapi apa yang mereka hubung kaitkan dengan
gejala itu ialah disebabkan hal-hal lahir seperti
miskin, tidak ada hubungan yang rapat dengan ibu bapa,
oleh kerana keadaan memaksa seperti bekerja di tempat
yang jauh atau masa panjang di luar rumah, maka
hal-hal inilah yang cuba dibaiki. Yang sebenarnya
hal-hal lahir, ia sampingan sahaja atau hal-hal
tambahan yang menjadi penyebab, tapi ada yang lebih
pokok lagi iaitu dosa.
Bukankah di dalam Al Quran, ada menyebut yang
bermaksud:
“Kami tidak membinasakan suatu kampung (negara/negeri)
kalau penduduknya baik.”
Apabila bala bencana Allah lakukan kerana dosa maka
balanya merata. Orang yang baik juga tidak terkecuali
ditimpa sama.
8. Apa yang kita lihat sekarang pelajaran kita lebih
banyak menekankan tentang teknikal, terlalu kurang
menekankan tentang mengenai roh/nafsu. Habis masa,
banyak terkorban wang memikirkan teknikal, persoalan
hendak mujahadatunnafsi tidak ada di dalam kurikulum.
Kalaupun menyebut hal kerohanian, masih kabur dan
tidak tahu bagaimana hendak membangunkan jiwa.
9. Pendidikan kita sekarang lebih banyak menekankan
hal-hal akli dan fizikal. Terlalu sedikit tentang
kerohanian, yang sedikit itu pun tidak begitu jelas.
10. Kita merasa pelik mengapa wujud guru kaunseling,
padahal di dalam Islam setiap guru itu
bertanggungjawab tentang pelajaran, pendidikan,
mengkaunseling mana-mana yang tidak kena pada para
pelajar bahkan guru yang mengajar lebih berhak
mengkaunseling pelajar kerana mereka rapat dengan
pelajar. Tentu lebih faham hendak membantu pelajar.
Guru kaunseling, dia memberi kaunseling bila ada
timbul masalah pada pelajar, masa itu baru hendak
kenal pelajar itu.
Oleh kerana ukuran kita selama ini tentang baik dan
buruk itu berdasarkan akal bukan syariat, ada
perkara-perkara yang menjadi gejala-gejala masyarakat
tidak dianggap gejala. Seperti pendedahan aurat,
pergaulan bebas, tari-menari yang bercampur lelaki dan
perempuan, gambar-gambar perempuan yang seksi ia
dibiarkan berleluasa. Padahal di dalam
setengah-setengah gejala sosial ia berpunca dari apa
yang kita sebutkan tadi secara tidak sedar sedikit
demi sedikit merosakkan jiwa.

Posted at 04:57 pm by KakLong
Permalink
Rumahtangga Islam Pencetus Generasi Perjuangan
Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada
Allah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan
dakwah wajib kepada setiap muslim lelaki dan wanita.
Di samping dua kewajipan itu timbul lagi satu
kewajipan yang tidak kurang pentingnya. Iaitu
menegakkan rumahtangga muslim. Individu muslim itu
adalah seorang lelaki aqidah yang wajib dipersiapkan
untuk menjadi Muslim yang sejati yang menjadi contoh
Islam yang sahih dan teladan yang patut di ikuti.
Kita sangat memerlukan rumahtangga muslim yang menjadi
contoh sebagai tiang yang kuat di dalam pembangunan
masyarakat Islam. Usrah muslim, keluarga muslim
mempunyai peranan yang penting di dalam kekuatan dan
kepaduan masyarakat ataupun perpecahan dan
kemusnahannya. Rumahtangga itu adalah merupakan
pangkuan atau sarang bagi tunas-tunas baharu yang
dididik dan dibentuk di masa pembentukan dan
persediaan. Rumahtangga lah yang bertanggungjawab
mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anak-anak
yang akan mencorakkan hidup mereka, benarlah
Rasulullah s.a.w. bersabda:
¡§Tiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya-kejadian
yang suci dan ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudi
atau menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya
Majusi¡¨
Hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan pembangunan
rumahtangga, tidak dapat dibicarakan hanya dengan satu
makalah atau dua makalah sahaja akan tetapi perlulah
kita merujuk kepada kitab-kitab dan karangan-karangan
yang telah mengupas perkara yang penting itu Cukuplah
di sini kita menerangkan sepintas lalu serba sedikit
mengenainya supaya kita mendapat faedah daripadanya.
A: Pemilihan:
Saudara muslim dan saudari muslimah yang mahu
memperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada Allah,
wajib lah ke atas keduanya, masing-masing memilih
pasangannya. Putera Islam mencari puteri Islam untuk
menjadi isterinya yang salihah. Puteri Islam mencari
putera Islam untuk menjadikan suaminya yang salih,
sebagai kongsi hidup suami isteri.
Dari awal-awal lagi hendaklah mereka ini membangunkan
keluarga muslim yang diasaskan di atas dasar takwa.
Saudara muslim yang sejati wajib mencari puteri Islam
yang sejati dan memilih yang beragama, yang memahami
tugas dan risalahnya di dalam hidup ini, menjadikan
pasangan hidupnya sebaik-baik penolong di atas jalan
dakwah, sentiasa mengingatkannya apabila dia lupa
sentiasa memberi perangsang dan tidak menghalanginya,
memelihara dirinya di waktu ghaibnya sekalipun
bagaimana lamanya dan mendidik serta membentuk
anak-anaknya menurut bentuk Islam yang
sebenar-benarnya.
Demikian juga puteri Islam yang sejati, tidak wajar
dan tidak patut menerima sebarang jejaka untuk menjadi
pasangan hidupnya kecuali seorang muslim yang sejati
yang menjadi pendukung dakwah Islam. Iaitu seorang
penganut aqidah yang sahih yang bertakwa kepada Allah.
Si isterinya pula dapat menolongnya untuk taat setia
kepada Allah dan mencapai keredhaan Allah. Dengan cara
yang demikian kita telah berjaya membangunkan sebuah
keluarga Islam yang akan menjadi markas dakwah dan
jihad Islam. Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan kita
kepada yang demikian dengan sabda baginda:
¡§Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana
hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan
pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.
Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama
supaya kamu berbahagia".
Oleh kerana itu Rasulullah (s.a.w.), tidak mengakui
hak wali yang menikahkan puterinya dengan seorang
lelaki yang tidak di sukai oleh puterinya. Ini memberi
peluang kepada puteri Islam untuk memilih suami yang
salih. ( didalam keadaan yang menepati sayrat-syarat
nya--„³ KAtoi)
B: Beriltizam Dengan Batas-Batas Islam:
Kita mahukan supaya hukum-hukum Islam dan adab-adabnya
mampu mengawal dan menguasai setiap tahap dan
peringkat pembangunan rumahtangga muslim. Sama ada
dari peringkat pinangan, akad nikah, mempersiapkan
rumahtangga sepasang suami isteri, masa pengantin
baharu atau berbulan madu mestilah jauh dari segala
adat lapuk, pusaka usang jahiliah yang rosak.
Sama ada jahiliah lama atau baru, yang bertentangan
dengan syariat Allah Taala atau pun yang menjadi
rintangan di jalan perkahwinan yang kadang-kadang
menghalang langsung untuk terlaksananya perkahwinan.
Mengapakah tidak di laksanakan akad-nikah itu di
Masjid? Di dalam udara yang bersih dan luas yang jauh
dari segala sikap menunjuk-nunjuk dan adat-adat buruk?
Berbelanja berlebih-lebihan dan boros yang
bertentangan dengan syariat Islam? Cadangan itu adalah
wajar.
Akad nikah di dalam Mesjid tidak di gemari oleh
manusia sebagaimana dulu mereka tidak menggemari
fesyen pakaian Islam. Tetapi kalau kita
bersungguh-sungguh mendesak dan bertegas untuk
melangsungkan juga akad nikah itu di dalam mesjid,
lama kelamaan ia akan menjadi perkara yang di sukai
oleh manusia dan akan menjadi perkara biasa.
Sebagaimana fesyen pakaian Islam menjadi perkara
lumrah dan di sukai oleh manusia. Sesungguhnya itu lah
pertentangan di antara kemuliaan dan kehinaan.
Kalau kita berpegang teguh dengan kemuliaan dan
adab-adab Islam, kita akan berjaya menegakkan dan
menanamkan keperibadian Islam yang kita cita-citakan
ke atas manusia.
C: Kebahagiaan Rumahtangga Yang Di Cita-Citakan:
Apabila telah selesai pemilihan yang berasaskan agama
telah sempurnalah langkah-langkah yang menuju ke alam
perkahwinan sesuai dengan ajaran Islam.
Mulalah kita membangunkan rumahtangga muslim di atas
asas yang teguh yang akan merealisasikan kemantapan,
ketenangan dan kebahagiaan yang sejati yang selama ini
dicari-cari oleh beberapa banyak keluarga pada zaman
ini. Kebahagiaan itu bukan dari luar diri, tidak pula
dapat dicari dengan harta, tempat kediaman, pakaian
dan dengan segala perhiasan rumahtangga.
Tetapi kebahagiaan itu diperolehi dari dalam diri
sendiri, dari perasaan takwa kepada Allah, kerana
Allah lah yang mengurniakan kebahagiaan, yang memberi
mawaddah dan rahmah cinta dan kasih sayang di antara
suami isteri. Benarlah Allah yang Maha Agung yang
telah berfirman:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia
menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu
sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan
sayang.¡¨ (Ar-Rum: 21)
Kita tidak memandang kebahagiaan itu di dalam harta
yang banyak, akan tetapi orang yang bertakwa itulah
orang yang berbahagia.
D: Perkahwinan Itu Ibadat:
Risalah dan tugas kita di dalam hidup ini ialah
beribadat kepada Allah Taala. Jadi kita mestilah
berusaha menjadikan segala urusan hidup kita sebagai
ibadat kepada Allah Taala. Kita jadikan segenap
kehidupan hidup sebagai alat untuk kita menghampirkan
diri kepada Allah. Kita pergunakan hidup kita dengan
segala kemudahan yang ada untuk menolong kita
beribadat kepada Allah.
Amal dan nikah kahwin dan mendidik anak-anak dan
lain-lain lagi yang merangkumi segala kegiatan hidup
kita semuanya itu merupakan ibadat kepada Allah, untuk
menghampirkan diri kepada Allah, selagi dibuat kerana
mengharap keredhaan Allah dan menjauhi apa yang
dimurkai Allah.
Oleh itu putera puteri Islam, mestilah memandang
urusan perkahwinan mereka sebagai ibadah mereka kepada
Allah apabila diurus menurut hukum Allah. Kedua-dua
pihak mengharap keredhaan dan ganjaran Allah. Oleh
kerana itu kedua belah pihak mestilah mengetahui
ajaran-ajaran dan adab-adab Islam, hak-hak dan
kewajipan suami-isteri rumahtangga dan keluarga,
bersungguh-sungguh melaksanakan tugas masing-masing
dan beriltizam dengan adab-adab itu. Tolong menolong
ke arah kebaikan, menuju takwa dan ke arah taat kepada
Allah di dalam pergaulan mereka. Harga menghargai,
hormat-menghormati dan kasih sayang di antara keduanya
Semuanya itu mesti di atur menurut syariat Islam.
Benarlah Rasulullah s.a.w tatkala bersabda yang
bermaksud:
" Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki
yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan
membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga
bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke
mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada
wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang
dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia
merenjiskan air ke mukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
E: Perkahwinan Itu Saling Percaya Mempercayai:
Apabila telah wujud suasana saling percaya
mempercayai, cinta mencintai, di antara suami isteri,
lahirlah kebahagiaan dan kepuasan jiwa di dalam
rumahtangga mereka. Rumahtangga mereka menjadi
rumahtangga muslim yang bahagia dalam kebahagiaan yang
sejati selagi ianya diatur menurut peraturan syariat
Islam. Hapuslah segala prasangka hilanglah segala
keraguan. Tidak ada lagi kata mengata, tuduh menuduh
dan ke pura-puraan.
Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujud
kecuali di bawah naungan takwa kepada Allah dan
mencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia di
waktu ghaib dan waktu syahadah. Lantaran itu
tenteramlah jiwa suami dan ia berpuas hati kepada
isterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya hanyalah
untuk dirinya sendiri sahaja, yang memelihara diri
walaupun beberapa lamanya ia terpisah dari isterinya.
Demikian juga sikap isterinya terhadap suaminya
dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalam
suasana bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jin
dan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan
menggoda keduanya.
F: Perkahwinan Sebagai Syarikat Yang Dipimpin Oleh
Suami:
Apabila kehidupan rumahtangga suami isteri dibangunkan
di atas dasar kerjasama, di atas syura', tolong
menolong, cinta mencintai, di bawah pimpinan suami
sebagai pihak yang bertanggungjawab, yang mempunyai
kata dan kuasa pemutus. Inilah yang mendorong dan
menolong melahirkan kemantapan, keteguhan, kerukunan
dan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga yang selama
ini diimpikan dan diidamkan oleh manusia di seluruh
dunia. jika masih terdapat kepincangan di dalam
pertimbangan ini, maka tidak akan wujud satu
kemantapan dan kebahagiaan. Benarlah Allah Taala di
dalam firmanNya:
`Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan
kewajipannya menurut cara yang maaruf akan tetapi para
suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada
isterinya". (Al-Baqarah : 228)
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita,
oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka
(lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan
kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian
dari harta mereka". (An-Nissa': 34)
Lantaran itu sempurnalah pentadbiran urusan
rumahtangga dan pertimbangannya di dalam suasana penuh
kerjasama, tanggungjawab dan syura di dalam
batas-batas ajaran Islam.
Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana
semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati
dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini
bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga
Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi
sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak
ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun
demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap
menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada
tolok bandingnya himgga ke hari ini.
G: Perkahwinan Adalah Tanggungjawab Dan Amanah
Suami isteri mestilah menyedari dan merasai bahawa
mereka memikul amanah dan tanggungjawab. Tiap-tiap
orang dari kamu adalah pemimpin, dan tiap-tiap
pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Maka
hendaklah kamu bertakwa kepada Allah di dalam perkara
yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan kepada
kamu. Benarlah Allah yang berfirman:
'Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan
keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu" (At Tahrim : 6)
Rasulullah s.a.w bersabda:
¡§ Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang
paling baik kepada ahlinya dan akulah yang paling baik
di kalangan kamu terhadap ahlinya".
Kita sentiasa memerlukan pertimbangan yang waras demi
pemeliharaan itu, sebagai contoh, kita biasa memberi
perhatian yang berlebihan apabila salah seorang dari
anggota keluarga kita jatuh sakit. Tetapi perhatian
yang sewajarnya tidak diberikan terhadap salah seorang
anggota keluarga yang mencuaikan hak Allah ataupun
menyalahi ajaran Islam padahal itulah yang paling
utama diperhatikan dan diubati.
H: Rumahtangga Muslim Merupakan Risalah:
Sebagaimana kita menghendaki bentuk yang benar dan
hidup bagi Islam dari seorang muslim yang benar
aqidahnya, yang benar ibadatnya, yang benar akhlaknya,
yang benar sikap dan yang benar segala tindak tanduk
dan perkataannya, demikian juga kita menghendaki
rumahtangga muslim itu supaya menjadi pusat
perlaksanaan segenap ajaran Islam di dalam hidup
berkeluarga dengan perlaksanaan yang selamat sejahtera
dan teliti.
Kita ingin melihat suami muslim yang memikul
tanggungjawabnya terhadap rumahtangganya menurut
ketentuan Islam. Kita mahu melihat bapa muslim yang
memelihara anak-anaknya dengan adab-adab Islam,
memberi kefahaman Islam yang sejati kepada mereka dan
mengawasi mereka di segala peringkat hidup mereka.
Kita hendak melihat isteri yang muslimah yang
menjadikan rumahtangga sebagai taman sari yang
memuaskan dan menggembirakan suaminya.,
Di dalamnya terdapat hiburan dan keberkatan jauh dari
kepayahan dan penat lelah perjuangan dan menolong
suaminya mentaati Allah Ta'aala. Alangkah indah dan
hebatnya kata-kata yang diucapkan oleh seorang isteri
kepada suaminya tatkala dia keluar dari rumahnya waktu
pagi:
" Bertaqwalah kepada Allah di dalam urusan kami dan
janganlah kekanda memberi kami makanan kecuali yang
halal dan baik-baik sahaja".
Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim ini,
ibu muslim yang memelihara anak-anaknya dan membentuk
mereka menurut bentuk Islam kerana dialah yang
sentiasa berdamping dengan mereka. Inilah risalah,
amanah dan tugas para wanita dan isteri yang paling
penting yang selama ini cuba dihapuskan oleh
musuh-musuh kemanusiaan. Mereka cuba menyelewengkan
fakta-fakta ini dari para isteri dengan berbagai-bagai
pembohongan dan penipuan dengan tujuan untuk
merobohkan bangunan masyarakat.
Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim itu,
putera puteri Islam yang sejati yang memperhambakan
diri mereka kepada. Tuhan. Mereka taat setia kepada
Allah, berbuat baik dan berjasa kepada ibu bapa.
Mereka bergaul dengan sahabat-sahabat mereka menurut
adab-adab Islam dan tidak lahir dari mulut mereka
sepatah perkataan dan sebarang perbuatan yang
bertentangan dengan Islam.
Kita mengingini rumahtangga muslim yang memelihara
hubungan silaturahim, yang sentiasa mengambil berat
urusan kerabat dan menyempurnakan hak-hak mereka. Kita
hendak melihat rumahtangga dan keluarga muslim menjadi
satu bentuk yang ulung di mana Islam telah terpahat
kukuh di dalam diri mereka. Mereka bergaul baik dengan
khadam mereka, di mana khadam mereka makan apa yang
mereka makan dan berpakaian seperti apa yang mereka
pakai dan tidak membebankan sesuatu bebanan di luar
kemampuannya. Apabila mereka membebankan sesuatu di
luar kemampuannya, mereka menolongnya.
Kita ingin melihat dari rumahtangga muslim itu satu
bentuk yang unik sebagaimana yang telah digariskan
oleh Islam tentang berbuat baik di dalam bermuamalah
dengan jiran. Mereka menyempurnakan hak jiran
sebagaimana peranan Rasulullah s.a.w.
Kita menghendaki rumahtangga muslim yang melahirkan
contoh teladan yang baik di segala jurusan hidupnya.
Dengan fesyen pakaiannya yang Islami, makanan yang
halal, minuman yang halal, akhlak yang mulia, sikapnya
yang Islami, gaya yang Islami di segala adat dan
tradisi di waktu suka dan duka Mereka menjauhi segala
unsur-unsur jahiliah, adat-adat dan tradisi jahiliah
yang di import dari luar.
Kita tidak mahu melihat dari golongan sahib-ad-dakwah
yang menyeru manusia kepada Allah, yang berjalan di
atas jalan dakwah melakukan sebarang kecuaian atau
kelalaian di dalam melahirkan serta membina
anggota-anggota keluarganya dengan ajaran Islam di
dalam sebarang jurusan hidup keluarganya. Sesungguhnya
orang yang lemah dalam memimpin rumahtangganya, tidak
akan mampu memimpin orang lain apatah lagi rumahtangga
orang lain.
I: Rumahtangga Muslim Sebagai Markas Memancarnya
Cahaya:
Rumahtangga muslim yang sejati menurut tabiat dan
lojiknya mesti menjadi markas dakwah Islam. Setiap
anggota keluarga yang aqil baligh wajib menjadi
sahibud-dakwah, pendukung dakwah, menyeru rumahtangga
dan keluarga di sekitarnya kepada Allah dengan penuh
kesabaran, dengan hikmah dan nasihat yang baik.
Isteri yang salihah berkemampuan menarik hati
jiran-jiran dengan dakwah kepada Allah. Kehadiran
mereka merubah majlis-majlis yang dikuasai oleh umpat
mengumpat dan sia-sia menjadi majlis-majlis ilmu dan
pelajaran dan ke arah memahami urusan agama.
Bidang dakwah Islamiah sangat memerlukan saudari
muslimat yang menyeru manusia kepada Allah, supaya
memainkan peranannya di kalangan puteri bangsanya.
Sesungguhnya wanita hari ini, kecuali yang telah
mendapat taufik Allah, telah dijadikan boneka oleh
musuh-musuh Islam untuk meruntuhkan dirinya dan
memusnahkan manusia. Tetapi kita hendaklah
menjadikannya sebagai wanita yang salihah yang turut
bersama kita untuk memperbaiki yang rosak dan
membangunkan yang maaruf dan merobohkan yang mungkar
dan menghapuskan yang batil menyokong kemuliaan dan
memerangi kehinaan.
Kita menghendaki rumahtangga muslim itu sebagai rumah
cahaya yang memberi hidayah dan petunjuk kepada
orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya. la
menghapuskan, memusnahkan segala kegelapan di
sekelilingnya dan menyinari jalannya untuk di lalui
oleh mereka. Maka dengan bertambahnya rumah-rumah
muslim seperti ini akan sambung menyambunglah
daerah-daerah dan bercahaya dan bercantum di antara
satu sama lain sehingga mampu menyinari masyarakat.
Maka dengan demikian keperibadian Islam berkemampuan
menyinari masyarakat dan memimpin nya di bawah naungan
Islam. Lantaran itu kemuliaan mudah dikembang-biakkan
dan kejahatan mudah dihapuskan. Baharulah mudah
dibentuk dasar dan asas keimanan, yang bersih yang
mantap sebagai asas bangunan Islam dan pemerintahan
Islam dan seterusnya al-khilafah-al- Islamiah alamiah.
Untuk itu, saudara saudari putera puteri Islam harus
dan patut bersungguh-sungguh dan bersegera
membangunkan rumahtangga muslim yang misali yang
menjadi model Islam yang sejati untuk menjadi contoh
teladan kepada generasi baharu. Ini adalah satu
langkah yang penting dan asasi di jalan dakwah Islam.
Mohonlah pertolongan dari Allah supaya Allah mudahkan
dan jangan menyusahkan.
TEGAKKANLAH RUMAH TANGGA MUSLIM
Jalan Dakwah
Mustaffa Masyhur
Posted at 04:56 pm by KakLong
Permalink
Monday, February 21, 2005
Garis panduan ke masjid untuk sembahyang Jumaat
SEMBAHYANG penting dalam kesatuan umat Islam. Pentingnya solat itu, maka
Nabi Muhammad saw memberi amaran keras kepada mereka yang tidak hadir ke
masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
Baginda bersabda bermaksud: "Barang siapa secara mudah meninggalkan
sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan
hatinya keras untuk menerima kebenaran."
Sembahyang Jumaat ini terlalu penting untuk memastikan umat Islam berada di
atas landasan yang membawa kecemerlangan dan kejayaan.
Baginda juga meletakkan garis panduan yang wajib diikuti oleh mereka yang
menghadirinya. Hal ini bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat
mendidik jiwa orang yang menghadirinya.
Antara garis panduan itu adalah:
l Mengemas diri dengan sebaik-baiknya, mandi membersihkan dirinya agar
jemaah lain, terutama yang berhampiran dengannya tidak terganggu oleh bau
badan atau pakaiannya yang busuk.
Nabi bersabda bermaksud: "Apabila seseorang kamu menghadiri sembahyang
Jumaat, maka hendaklah dia mandi." (Hadis riwayat Muslim)
l Segera ke masjid dengan penuh ketenangan.
Perkara ini perlu bagi mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca
al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas.
Baginda bersabda bermaksud: "Barang siapa yang mandi pada hari Jumaat,
kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban
seekor unta." (Hadis riwayat Bukhari)
l Menumpukan perhatian sepenuhnya kepada khutbah yang dibaca.
Mendengar khutbah adalah suatu kemestian dan syarat sah bagi sesuatu Jumaat
yang didirikan. Ia adalah kemuncak kepada ibadat sembahyang Jumaat.
Sekiranya jemaah yang membanjiri masjid tidak mendengar khutbah dengan baik,
sibuk bercakap-cakap sesama sendiri atau gurau senda, dia bukan saja tidak
dapat menerima faedah daripada khutbah disampaikan oleh khatib, malah solat
Jumaatnya penuh dengan kecacatan dan tidak sempurna. Paling sedih, dia
langsung tidak mendapat pahala.
Perkara itu seperti sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud:
"Barang siapa yang bercakap-cakap ketika Imam sedang membaca khutbah
(Jumaat), maka dia bagaikan seekor keldai yang membawa kitab-kitab dan
sesiapa yang berkata diam (kepada rakannya yang bercakap) tiadalah Jumaat
baginya, Jumaatnya tidak sempurna."
Demi memastikan setiap kalimah yang dibaca oleh khatib didengar serta
difahami dengan baik, Rasulullah melarang jemaah yang berada dalam masjid
daripada melakukan ibadat sunat seperti bertasbih atau membaca al-Quran.
Sembahyang sunat Tahyatul Masjid dibenarkan, tetapi hendaklah didirikan
seringkas mungkin agar jemaah tidak terlepas daripada mendengar khutbah.
Berbual dan sikap tidak menumpukan perhatian ketika khatib membaca khutbah
adalah perbuatan yang sangat buruk. Ia menyerupai sikap yang pernah
ditunjukkan oleh orang kafir Quraisy pada zaman dulu.
Firman Allah bermaksud: "Dan orang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar
akan al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyanyian dan jeritan riuh
rendah serta tepuk sorak) supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau
menenggelamkan suara pembacanya). Maka demi sesungguhnya, kami akan
merasakan kepada orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya, dan
kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang mereka
telah kerjakan." (Surah al-Fussilat, ayat 26 dan 27)
Amalan tidak memberi tumpuan terhadap khutbah yang dibaca oleh khatib adalah
kesalahan yang menyerupai pengabaian terhadap bacaan al-Quran. Perkara ini
kerana salah satu dari rukun khutbah adalah membaca al-Quran.
Justeru, Allah menggesa agar apabila al-Quran atau khutbah dibaca, maka
hendaklah kita diam dan menumpukan perhatian terhadap bacaan itu.
Firman Allah bemaksud: "Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah
akan ia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya),
supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al-A'raaf, ayat 204)
Posted at 09:25 pm by KakLong
Permalink
Gambaran Syurga Menurut Al-Quran
Dilulus terbit pada Thursday, January 27 @ 20:51:28 MYT oleh LinuxPro
Para ulama
bersepakat syurga itu terletak di atas dari langit yang ketujuh. Dalam surah
An-Majm ayat 13-15 Allah berfirman: Sesungguhnya ia (Muhammad) telah melihat
Jibril sekali lagi, iaitu di Sidratul Muntaha, dan di dekatnya ada syurga
tempat kembali.
Ketika Rasulullah dalam perjalanan Mikraj, Baginda
telah berhenti di Sidratul Muntaha. Menurut baginda, Sidratul Muntaha itu
berada jauh di luar alam langit (di luar ruang angkasa). Di situlah Baginda
dapati terletaknya syurga.
Kemudian dikatakan syurga itu luasnya seluas langit
dan bumi sebagaimana difirmankan Allah dalam surah Ali Imran ayat 133:
Kejarlah oleh kamu ampunan Tuhan kamu dan syurga
yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang
bertakwa.
Di syurga juga udaranya nyaman tidak panas membakar
dan tidak pula sejuk mengigit. Allah berfirman:
Mereka berehat didalam syurga dengan berteleku di
atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya
matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang
bersangatan sejuknya. (Al-Insan: 13)
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda:
"Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya
pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi." (Hadis riwayat Al-Bazzar).
Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tanah syurga itu licin putih, kasturi
murni." (Hadis riwayat Muslim).
Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak
perjalanan 100 tahun.
Sungai-Sungai di Syurga
Sungai-sungai syurga pula memancar dari bawah-bawah
bukit. Di dalam al-Quran, Allah banyak menyebut tentang macam-macam sungai
di syurga ini antara lain firmanNya dalam Surah Muhammad ayat 15 yang
bermaksud:
Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada
orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa
sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai
dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang
lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu
yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis
buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga yang
sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di
dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggeledak sehingga menjadikan
isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama!).
Ayat di atas memberi pengertian bahawa sungai-sungai
di syurga bukanlah mengandungi air-air biasa seperti di dunia ini,
sebaliknya ada sungai yang berair susu, ada yang berair anggur (arak) yang
tidak memabukkan, ada yang dari madu dan sebagainya. Sungai-sungai ini
semuanya mengalir dengan tenang melalui rumah-rumah di syurga, di
kebun-kebun dan di celah-celah pokok. Bahkan terdapat juga mata-mata air
yang mengalir.
Jadi Allah telah menjanjikan bagi orang yang
bertakwa itu sungai yang airnya mempunyai ciri-ciri sebagai berikut:
= Airnya tidak berubah rasa dan baunya.
= Air susu yang tidak berubah rasa dan warnanya
= Air anggur (arak) yang lazat dan tidak memabukkan
bagi peminumnya.
= Madu yang disaring
Sewaktu Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. pernah
melihat sungai yang dinamakan Al-Kausar. Sungai ini dilingkari oleh
bukit-bukit yang terdiri dari permata-permata dan tanahnya dari wewangian
yang paling wangi. Tepian sungai ini terdiri dari emas sedangkan anak-anak
batunya dari mutiara.
Barangsiapa meminum air dari Al-Kausar ini walau
hanya satu kali sahaja, dia tidak merasa haus untuk selama-lamanya.
Tentang nama-nama sungai di syurga, tidak ada
disebut dengan jelas di dalam al-Quran. Tetapi dalam sebuah hadis riwayat
Bukhari dan Muslim, Nabi bersabda:
Bahawasanya di syurga terdapat suatu sungai yang
disebut sungai rajab, airnya lebih putih daripada air susu dan rasanya lebih
manis daripada madu. Sesiapa yang puasa satu hari dari bulan Rajab, maka
Allah memberikan minuman dari sungai itu.
Yang jelas sungai yang bersama Rajab dengan
sifat-sifatnya yang luar biasa ini belum pernah dilihat dan dirasakan airnya
oleh manusia di dunia ini. Walau bagaimanapun di dalam keterangan-keterangan
lain disebutkan bahawa di syurga ada sungai-sungai seperti Al-Kausar dan
Al-Firdaus.
Tentang Al-Kausar, Anas r.a. ada bercerita bahawa
Rasulullah s.a.w. tidur di atas tikar jerami, tiba-tiba sambil mengangkat
kepalanya Baginda tersenyum. Anas bertanya: "Mengapa engkau tertawa ya
Rasulullah?" Baginda menjawab: "Ayat yang diturunkan kepadaku tadi (yang
bermaksud):
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat
yang banyak (Al-Kausar), maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan
berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang
terputus. (Al-Kausar: 1-2-3).
Kemudian Baginda bertanya: "Adakah engkau tahu apa
itu Al-Kausar?" Anas menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih tahu." Lalu
Rasul menerangkan: "Al-Kausar itu satu sungai yang dijanjikan kepadaku oleh
Allah, pada sungai itu banyak kebajikan. Di atasnya sebuah kolam (Al-Haudi)
yang akan datang umatku kepadanya. Bejananya banyak sebanyak bintang-bintang
di langit." (Riwayat Muslim).
Seterusnya Imam At-Termizi meriwayatkan, Nabi
bersabda: "Bahawa masing-masing nabi itu mempunyai kolam. Mereka ini bangga
membanggakan manakah yang lebih banyak orang datang. Dan aku mengharap,
bahawa adalah aku yang terbanyak orang datang."
Mendengar tentang banyaknya kenikmatan yang terdapat
pada Al-Kausar ini, tentu banyak di antara kita yang berharap untuk dapat
menjadi golongan orang-orang yang dapat datang ke tempat tersebut. Agar
harapan ini menjadi nyata, hendaklah kita berusaha mencari keredhaan Allah
dalam kehidupan ini dari segala segi.
Syurga itu Bertingkat-Tingkat
Syurga itu bertingkat-tingkat dan setiap tingkat
berbeza-beza pula. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain ialah
seperti jarak antara bumi dan langit. Adapun tingkatan syurga yang paling
tinggi darjatnya dinamakan "Al-Firdaus". Di atas Al-Firdaus inilah terletak
"Arsy Rahman (Mahligai Tuhan).
Selain itu, keistimewaan syurga Al-Firdaus ialah
para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu
pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga
ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.
Adapun cara melihat Allah bukanlah seperti halnya
kita melihat dengan mata biasa seperti yang lazim berlaku, tetapi caranya
ialah dengan penglihatan mata yang telah ditentukan Allah buat para penduduk
syurga.
Segala yang ada di syurga itu indah-indah belaka
jauh lebih indah dari apa yang ada di atas muka bumi ini. Tetapi yang
terindah di syurga ialah pandangan terhadap Allah, tidak sesuatu kenikmatan
lain yang dapat melebihi keistimewaannya.
Cuba kita bayangkan di dunia ini sahaja, kalaulah
kita diberikan kesempatan bertemu dan berbual-bual dengan salah seorang
pemimpin negara, tentu kita akan sangat gembira dan bahagia dengan
pengalaman tersebut. Inikan pula akan bertemu dengan Allah yang menciptakan
dunia ini.
Firman Allah dalam surah Al-Qiyamah ayat 22-23 yang
bermaksud:
Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu
berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat.
Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril: "Hai
Jibril pernahkah kau melihat Allah?" jawab Jibril pernahkah kau melihat
Allah?" jawab Jibril: "Bahawa di antara saya dan Tuhan ada 79 tutup yang
terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar,
maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Tuhan
ada 71 lapisan tutup dari cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar,
engkau akan terbakar pula memandangnya."
Dalam hal ini pernah Nabi Musa a.s. meminta kepada
Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada
gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini
membuktikan gunung yang bagaimana juga kukuhnya akan hancur bila Tuhan
menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.
Kemudian dalam satu riwayat lain digambarkan syurga
itu sebagai berikut :
= Tingkatan syurga pertama yang dibuat dari bahan
perak baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya.
= Tingkatan syurga kedua yang dibuat dari bahan emas
baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya.
= Tingkatan syurga ketiga yang kampung, rumah, pintu
dan kuncinya dibuat dari bahan yakut dan lukluk (mutiara).
Taman-Taman Di Syurga
Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa
indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi
Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat
oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di
hati manusia.
Kalau di dunia ini kita selalu melihat macam-macam
taman yang dihiasi indah dengan aneka macam tumbuhan dan bermacam-macam
bunga, di situ kita boleh menghabiskan masa berjam-jam sambil menikmati
keindahannya juga mencari ketenangan. Maka begitu juga di syurga, Allah
menciptakan taman-taman bagi penghuninya.
Ada dua bentuk taman di syurga: (1) Dua taman yang
dicipta Allah dari perak dengan segala apa yang ada padanya. (2) Dua taman
yang dicipta Allah dari emas dengan segala apa yang ada padanya. (Riwayat
Bukhari Muslim).
Pada taman-taman ini terdapat bermacam-macam
buah-buahan sama ada kurma ataupun delima, air mata air dan sungai yang
terus-menerus mengalir airnya dengan tenang.
At-Tabrani meriwayatkan bahawa di taman-taman
tersebut ada pohon-pohon yang rendang, besar, tinggi dan luas. Bila
bidadari-bidadari bernyanyi di bawahnya, daun-daun dan ranting-ranting
pohon-pohon itu bergerak-gerak sambil mengeluarkan bunyi-bunyian yang amat
merdu pula.
Apabila angin berhembus lalu menyentuh daun dan
ranting, maka akan terdengar desiran yang amat merdu pula. Sehingga tidak
dapat dibanding manakah yang lebih merdu antara suara bidadari-bidadari atau
bunyi desiran pohon-pohon tersebut.
Pintu-Pintu Syurga
Sebelum masuk ke syurga, penghuni-penghuninya akan
melalui pintu-pintu syurga terlebih dahulu. Pintu-pintu ini ada
bermacam-macam pula jenisnya. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran Surah
Shaad ayat 49-50 yang bermaksud:
Ini adalah kehormatan bagi mereka dan sesungguhnya
bagi orang-orang yang bertakwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang
baik, (iaitu) syurga dan yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka.
Kemudian Abu Hurairah ada meriwayatkan sebuah Hadis
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Dan bagi syurga itu lapan pintu. Maka siapa yang
termasuk dari orang yang menegakkan ibadah sembahyang, dia akan dipanggil
dari pintu sembahyang. Bagi orang berpuasa ia akan dipanggil dari pintu
puasa. Orang yang brsedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Dan yang
berjihad akan dipanggil dari pintu jihad. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Oleh kerana itu kalau seorang semasa hidupnya
benar-benar melaksanakan segala hal yang disebut tadi, maka ia akan
dipanggil untuk masuk melalui ke semua pintu-pintu tersebut.
Adapun pintu syurga bagi orang yang melakukan ibadah
puasa dinamakan Ar-Rayyan. Sedangkan setiap Muslim yang pernah kematian tiga
orang anak-anaknya yang masih kecil diberi kebebasan untuk masuk ke syurga
melalui pintu mana sahaja yang disukainya.
Penghuni-penghuni syurga setiap orang mempunyai
pintu-pintu tersendiri. Satu pintu untuk tempat masuknya sendiri. Satu untuk
isterinya. Satu untuk tamu-tamu (malaikat dan kawan-kawannya). Satu menuju
ke neraka untuk rasa nikmat Allah atas dirinya, dan satu pintu ke Arsy
(Mahligai Allah untuk melihat wajah Allah).
Dalam buku "Ahli Syurga dan kenikmatannya"
diterangkan, selain yang tersebut di atas ada lagi pintu-pintu yang diberi
nama :
= Pintu para rasul dan nabi
= Pintu zakat
= Pintu haji
= Pintu syahadat dan selawat
= Pintu syuhada
= Pintu salihin
= Pintu siddiqin
= Pintu ilmu dan iman
= Pintu rahmat
= Pintu taubat
Dalam hadis riwayat Bukhari-Muslim, Rasulullah
bersabda:
Demi Allah, demi antara dua ambang pintu syurga itu
bagaikan jarak antara Makkah dan Basrah.
Jelaskan pada kita betapa luasnya pintu-pintu yang
terdapat di dalam syurga.
Bilik-Bilik, Rumah dan Istana di Syurga
Untuk lebih menyeronokkan lagi, maka pada
penghuni-penghuni syurga diberikan bilik-bilik khas, rumah dan istana yang
dibuat dari permata-permata yang tembus dipandang mata seperti kaca. Di
dalamnya penuh dengan kenikmatan dan kelazatan yang tidak pernah dilihat
mata serta didengar telinga.
Pernah pada suatu hari para sahabat bertanya kepada
Rasulullah: "Untuk siapakah Allah menyediakan bilik-bilik seperti itu ya
Rasulullah?"
Rasulullah menjawab: "Bagi mereka yang menyebarkan
salam, menyumbangkan makanan, terus berpuasa dan berjaga malam mengerjakan
sembahyang sedangkan orang lain tidur nyenyak."
Lalu sahabat-sahabat bertanya lagi : "Siapakah yang
tahan dan sanggup berbuat demikian ya Rasulullah?"
Jawab Baginda lagi: "Umatku! Dengarlah ...sesiapa
yang bertemu sesama Muslim lalu ia memberi salam, itu bererti telah
menyebarkan salam. Barang siapa yang memberi makan anak-anak dan isterinya
sampai kenyang, bererti ia telah menyumbangkan makanan. Sesiapa yang
berpuasa pada bulan Ramadan dan ditambah dengan tiga hari pada setiap bulan,
itu bererti ia terus menerus berpuasa. Dan sesiapa yang menunaikan
sembahyang Isyak terakhir dengan berjemaah, bererti dia telah bersembahyang
malam sedang manusia tidur." (Riwayat Abu Naim dari Jabir).
Bagi penghuni syurga ini, disediakan bilik-bilik
sebagaimana yang dijanjikan Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 20:
Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya
mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula
tempat-tempat yang tinggi yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Allah
telah berjanji dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan memungkiri
janjinya.
Kemudian di dalam firmanNya Surah Muhammad ayat 6
yang bermaksud:
Dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah
diperkenankanNya kepada mereka.
Selain menerangkan keadaan bilik-bilik di syurga,
ayat di atas juga menerangkan bahawa setiap orang yang masuk ke syurga itu
mengetahui tempat mereka masing-masing tanpa perlu ditunjuk seolah-olah
(bilik rumah dan istana-istana itu) sudah lama dikenalinya.
Kemudian dalam surah Al-Furqan ayat 10, Allah
berfirman:
Maha suci (Allah) yang jika Dia menghendaki, nescaya
dijadikanNya bagimu yang lebih baik dari yang demikian, (iaitu) syurga yang
mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan dijadikanNya (pula) untukmu
istana-istana.
Ayat ini mengisyaratkan bahawa di dalam syurga
terdapat istana tetapi tidak dijelaskan bagaimana bentuk rupa istana
tersebut, sama ada bertingkat-tingkat menjulang tinggi atau sebaliknya. Di
samping bilik dan istana dan pula rumah-rumah. Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda:
Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10
kali, maka Allah berkenan membangunkan baginya rumah di syurga. (Riwayat
Muslim).
Pohon-Pohon dan Buah-Buahan di Syurga
Keindahan alam dengan pohon-pohon yang rimbun
menghijau serta aneka macam jenis bunga-bunga yang menawan dapat memberikan
kedamaian jiwa bagi siapa yang memandangnya.
Bayangkanlah kalau kita berada di tengah-tengah
kebun bunga yang seperti itu ditambah pula dengan pohon-pohon yang
mengeluarkan bermacam-macam jenis buah-buahan,tentu kita akan asyik dan
enggan pergi atau meninggalkan tempat tersebut.
Di syurga, Allah memberikan kepada
penghuni-penghuninya lebih dari itu sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan
kanan itu, berada di antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang
yang bersusun-susun buahnya dan naungan yang terbentang luas; dan air yang
tercurah; dan buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buah-buahan yang
banyak tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya.
(Al-Waqiah: 27-33).
Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan
buah-buahan. (Ar-Rahman: 48).
Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan
kurma serta delima. (Ar-Rahman: 68)
Dan naungan (pohon-pohon syurga itu) dekat di atas
mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya. (Al-Insan: 14).
Di syurga juga ada sejenis pohon yang dinamakan
tuba. Abu Hurairah berkata:
Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebatang
pohon yang dipanggil "tuba" dan Allah berfirman kepadanya: "Keluarkanlah
untuk hambaKu apa-apa yang mereka kehendaki." Maka keluarlah kuda dengan
kekang serta pelana dan apa-apa keperluan yang dikehendaki dan dikeluarkan
pula untuknya kenderaan dengan tempat duduk serta pengikatnya, apa-apa
keperluan yang dikehendaki dan juga pakaian-pakaian. (Riwayat Ibnu Abid
Dunya).
Ibnu Hibban meriwayatkan Hadis daripada Abu Said
yang menceritakan seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, apakah tuba itu?" Baginda
menjawab: "Ialah sebatang pohon yang sangat rindang. Rindangnya sejauh 100
tahun perjalanan, (manakala) pakaian-pakaian penghuni syurga adalah daripada
kelopak-kelopaknya."
Keistimewaan pohon-pohon di syurga ini semua
umbi-umbinya diciptakan Allah daripada emas. Adapun pohon bidara di syurga
itu bercabang-cabang. Setiap cabangnya mengeluarkan sebiji buah, kemudian
dari buah ini keluar pula 72 jenis makanan yang berlainan.
Sedangkan pohon-pohon kurma pula diciptakan Allah
s.w.t. dalam bentuk yang sangat luar biasa sebagaimana Abdullah bin
Al-Mubarak, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Abid Dunya dan Al-Hakaim meriwayatkan
perkataan Ibnu Abbas r.a.:
"Pokok kurma syurga itu batangnya daripada permata
Zamrud yang hijau, pangkal-pangkal pelepahnya daripada emas yang merah dan
setiap satu pelepahnya menjadi pakaian penghuni syurga, daripadanyalah
pakaian dan perhiasan-perhiasan mereka dipotong dan dijahit. Manakala
buahnya seperti tempayan, lebih putih daripada susu, lebih manis daripada
madu dan lebih lembut daripada buih dan tiada mempunyai benih."
--------------------------------------------
Berkata Abu Darda r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah
bersabda:
Allah telah berfirman: "Sesungguhnya Aku dengan jin
dan manusia dalam suatu berita besar (Hari Kiamat). Aku yang mencipta,
tetapi mengapa orang lain yang disembah? Aku yang memberi rezeki, mengapa
pula orang lain yang disyukuri." (Riwayat Baihaqi)
Posted at 09:24 pm by KakLong
Permalink
Aku dah buat improvement walaupun aku rasa tak percaya. Grade praktikal mengajar aku improve. At last, aku dah boleh juga mengajar.
Dalam masa terdekat, sekaligus aku improve semua benda. Itu yang lebih menggembirakan aku. Cumanya nervous ni jer tak boleh berkurangan, lebih-lebih lagi kalau terasa diperati penyelia. Anyway, sabtu ni tak payah mengajar. Isnin aku ambil alih semula. Sabtu ni ada kelas Biologi. Aku beri test untuk the whole chapter of C.N.S 1,2,3. Hmmm. Seronoknyerrrrrrrrr.
TAdi kawan call masa aku tengah nervous+makan kat dining hall. Aku tak tengok HP. Biasaler nervous. Sampai cakap penyelia pun aku asyik potong. Aku nervous lah.
Mata ni pun satu. Makin kabur. Tu ler aku macam nak tenyeh jer mata tu masa mengajar.
Anyway, aku nak sambung buat notes untuk minggu depan. Chalo!
Posted at 09:23 pm by KakLong
Permalink
Friday, February 18, 2005
**Tolong komen pasal artikel ini
Fwd e-mail
TUHAN : Kamu memanggilKu ?
AKU : MemanggilMu ? Tidak.. Ini siapa ya ?
TUHAN : Ini TUHAN. Aku mendengar doamu. Jadi Aku
ingin berbincang-bincang denganmu.
AKU : Ya, saya memang sering berdoa, hanya agar
saya merasa lebih baik. Tapi sekarang saya
sedang sibuk, sangat sibuk.
TUHAN : Sedang sibuk apa ? Semut juga sibuk.
AKU : Nggak tau ya. Yang pasti saya tidak
punya waktu luang sedikitpun. Hidup jadi
seperti diburu-buru. Setiap waktu telah
menjadi waktu sibuk.
TUHAN : Benar sekali. Aktivitas memberimu
kesibukan. Tapi Produktifitas memberimu
hasil. Aktifitas memakan waktu,
Produktifitas membebaskan waktu.
AKU : Saya mengerti itu. Tapi saya tetap tidak dapat
menghindarinya. Sebenarnya, saya tidak
mengharapkan Tuhan mengajakku
chatting seperti ini.
TUHAN : Aku ingin memecahkan masalahmu
dengan waktu, dengan memberimu
beberapa petunjuk. Di era internet ini, Aku
ingin menggunakan medium yang lebih
nyaman untukmu daripada sekedar lewat mimpi, misalnya.
AKU : OKE, sekarang beritahu saya, mengapa
hidup jadi begitu rumit ?
TUHAN : Berhentilah menganalisa hidup. Jalani saja.
Analisa-lah yang membuatnya jadi rumit.
AKU : Kalau begitu mengapa kami manusia
tidak pernah merasa Senang ?
TUHAN : Hari ini adalah hari esok yang kamu
khawatirkan kemarin. Kamu merasa khawatir
karena kamu menganalisa. Merasa khawatir
menjadi kebiasaanmu. Karena itulah kamu
tidak pernah merasa senang.
AKU : Tapi bagaimana mungkin kita tidak
khawatir jika ada begitu banyak ketidakpastian.
TUHAN : Ketidakpastian itu tidak bisa dihindari.
Tapi kekhawatiran adalah sebuah pilihan.
AKU : Tapi, begitu banyak rasa sakit karena
ketidakpastian.
TUHAN : Rasa sakit tidak bisa dihindari, tetapi
penderitaan adalah sebuah pilihan.
AKU : Jika Penderitaan itu pilihan,mengapa
orang baik selalu Menderita ?
TUHAN : Intan tidak dapat diasah tanpa gesekan.
Emas tidak dapat dimurnikan tanpa api.
Orang baik melewati rintangan, tanpa
menderita. Dengan pengalaman itu,
hidup mereka menjadi lebih baik bukan sebaliknya.
AKU : Maksudnya pengalaman pahit itu berguna?
TUHAN : Ya. Dari segala sisi, pengalaman adalah
guru yang keras. Guru pengalaman
memberi ujian dulu, baru pemahamannya.
AKU : Tetapi, mengapa kami harus melalui
semua ujian itu ?
Mengapa kami tidak dapat hidup bebas dari masalah ?
TUHAN : Masalah adalah rintangan yang ditujukan
untuk meningkatkan kekuatan mental.
Kekuatan dari dalam diri bisa keluar dari
perjuangan dan rintangan, bukan dari berleha - leha.
AKU : Sejujurnya ditengah segala persoalan
ini, kami tidak tahu kemana harus melangkah ...
TUHAN : Jika kamu melihat keluar, maka kamu tidak
akan tahu kemana kamu melangkah.
Lihatlah ke dalam. Melihat keluar, kamu
bermimpi. Melihat ke dalam, kamu terjaga.
Mata memberimu penglihatan. Hati memberimu arah.
AKU : Kadang - kadang ketidakberhasilan
membuatku menderita. Apa yang dapat saya lakukan ?
TUHAN : Keberhasilan adalah ukuran yang dibuat
oleh orang lain. Kepuasan adalah ukuran yang
dibuat olehmu sendiri.
Mengetahui tujuan perjalanan akan terasa
lebih memuaskan daripada mengetahui bahwa kau sedang
berjalan. Bekerjalah dengan kompas, biarkan
orang lain bekejaran dengan waktu.
AKU : Di dalam saat sulit, bagaimana saya bisa
tetap termotivasi ?
TUHAN : Selalulah melihat sudah berapa jauh kamu
berjalan, daripada masih berapa jauh
kamu harus berjalan. Selalu hitung yang
harus kau syukuri, jangan hitung apa yang
tidak kau peroleh.
AKU : Apa yang menarik dari manusia ?
TUHAN : Jika menderita, mereka bertanya "Mengapa harus aku ?".
Jika mereka bahagia, tidak ada yang pernah
bertanya "Mengapa harus aku ?".
AKU : Kadangkala saya bertanya, siapa saya, mengapa saya
disini ?
TUHAN : Jangan mencari siapa kamu, tapi tentukanlah
ingin menjadi apa kamu. Berhentilah
mencari mengapa saya di sini.
Ciptakan tujuan itu. Hidup bukanlah proses pencarian,
tapi sebuah proses penciptaan.
AKU : Bagaimana saya bisa mendapat yang terbaik
dalam hidup ini ?
TUHAN : Hadapilah masa lalu-mu tanpa penyesalan.
Peganglah saat ini dengan keyakinan.
Siapkan masa depan tanpa rasa takut.
AKU : Pertanyaan terakhir. Seringkali saya merasa
doa - doaku tidak dijawab.
TUHAN : Tidak ada doa yang tidak dijawab. Seringkali
jawabannya adalah TIDAK.
AKU : Terima Kasih Tuhan atas chatting yang indah ini.
TUHAN : Oke. Teguhlah dalam iman, dan buanglah
rasa takut. Hidup adalah misteri untuk
dipecahkan, bukan masalah untuk
diselesaikan. Percayalah padaKu. Hidup
itu indah jika kamu tahu cara untuk hidup.
TUHAN has signed out.
Sumber : Unknown
------"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"---------
Posted at 09:03 pm by KakLong
Permalink
Wednesday, February 16, 2005
Waaaaaaaa...okey pelan-pelan cerita
Kemarin aku ...tak yah cerita ler. First time dalam umur dewasa aku menitis air mata depan orang. HAru-haru.
Sebab apa?Kena tengking la! Hanya sebab content aku tidak menepati cita rasa orang.
So, penyelia nampak insiden tu depan mata dia. Aku buat selamba.
Posted at 07:44 pm by KakLong
Permalink
|