|
~ Salam penuh mahabbah buat teman semua. Lama sungguh tidak mencoretkan apa-apa di layar putih ini. 7 Oktober lepas ulang tahun kelahiran saya yang ke 20+. Usia dah bertambah dan saya semakin dewasa. Namun yang demikian, acapkali juga orang masih tersalah sangka akan usia saya yang sebenar. -P. Sekarang saya sudah menjawat pekerjaan sebagai guru tetap. Gaji yang tersangat lumayan. Syukur jua padaNya atas rezeki ini. Sekarang sudah penghujung tahun, saya tidak perlu mengajar. Menjadi pengawas peperiksaan itulah tugas saya sekarang ini. Oh Ya, Ramadhan kian berllau pergi meninggalkan kita. Rasanya tidak mengapa kalau kini baru saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG PENUH BERKAT buat semua pengunjung-pengunjung rumah Mak Long. Doakan saya mendapat magfirahNya serta keredhaanNya. Moga Ramadhan kali ini bakal menitiskan keinsafan ke atas hati saya. Moga saya menjadi yang lebih terbaik dari semalam. Puasa kali ini banyak sangat menyinar kenangan ke dalam diri. Saya berharap dengan berakhirnya Ramadhan, saya akan bertambah cemerlang dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi. Kalian doakan saya yer. Buat akhirnya, terima kasih atas kunjungan kalian semua. Saya tidak mahu terlewat mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI YANG BAKAL MENJELANG TIBA. MOGA ANDA SEMUA SENTIASA MENDAPAT BIMBINGAN DARINYA. Doakan saya begitu juga. :-) |
| Leave a Comment: |